MARI MENDENGAR & MEMAHAMI AL-QUR'AN

Listen to Quran

Khamis, April 08, 2010

Anutan politik tidak jadi criteria dalam lantikan imam



Kerajaan negeri Kedah tidak menjadikan anutan politik seseorang sebagai kriteria dalam mengekal dan melantik pegawai masjid di negeri ini.



Demikian penjelasan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi YB Dato’ Haji Mohamed Taulan Mat Rasul sebagai mengulas tohmahan yang dibuat oleh seorang ADUN pembangkang kononnya pihak berkuasa agama yang berada di bawah Tuanku Sultan telah memaksa imam yang menyokong BN meletak jawatan.

Menurut Taulan, pegawai masjid termasuk imam-iman yang ada dilantik ketika pemerintahan terdahulu dan dikekalkan sehingga hari ini. Jika terdapat kekosongan kerana kematian, jawatan itu akan diisi mengikut prosedur yang sedia ada.

“Mana-mana pegawai masjid termasuklah imam yang sudah mencapai usia lebih daripada 60 tahun serta tidak berupaya lagi menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya maka disarankan supaya bersara. Had umur ini ada dalam syarat-syarat imam iaitu di bawah 60 tahun.

“Ini dilakukan kerana terdapat aduan yang dibuat oleh anak-anak kariah di beberapa buah masjid mengenai tingkah laku imam berkenaan yang gagal melaksanakan tugasnya dengan baik disebabkan faktor usia dan lain-lain sebab,” katanya.

Mengenai dakwaaan yang mengatakan kerajaan memaksa pegawai masjid supaya bersara adalah tidak benar sama sekali dan pihak yang mengeluarkan kenyataan itu hendaklah melakukan siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan.

Selepas menerima aduan daripada anak kariah Pejabat Agama akan menjalankan siasatan terperinci. Sekiranya didapati aduan tersebut ada asas barulah pegawai berkenaan dipanggil dan diminta tunjuk sebab atau disarankan supaya bersara.

Katanya, kedudukan imam pada sesebuah masjid terletak pada hubungan baik dengan anak-anak kariah.

“Imej imam itu sangat penting bukan sahaja untuk mengimarahkan masjid tetapi bagi seluruh masyarakat di dalam kariahnya,” katanya.

Sekiranya terdapat terdapat kekosongan jawatan di mana-mana masjid anak-anak kariah boleh mencalonkan sesiapa sahaja tidak mengira pegangan politik dan
Jawatankuasa Pejabat Agama akan memilih sesiapa yang layak menerusi temuduga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan