MARI MENDENGAR & MEMAHAMI AL-QUR'AN

Listen to Quran

Rabu, Disember 30, 2009


Politiking Dalaman PAS, Antara Kadok Dan Sireh

Berdepan dengan Umno dalam politik tidak punya masalah besar. PAS punya jentera sendiri sampai ke peringkat paling bawah berbanding Umno yang sangat bergantung kepada jentera kerajaan.
Umno berjaya menjadi kerajaan pun adalah kerana kongkongannya ke atas SPR. Hakikatnya Umno hanya gah pada ‘merahnya’ sahaja tetapi kosong di dalam, kelam.
Apa yang sulit, kesat dan berat bagi PAS ialah politiking dalaman. Kadang-kadang, di sesetengah negeri, pemimpin PAS negeri berkenaan lebih menumpukan politiking dalaman sehingga agenda politik menghadapai Umno sedikit terabai.
Upaya, masa, tenaga, fikiran, kemudahan, tumpuan dihabiskan untuk jatuh-menjatuh, singkir-menyingkir, aib-mengaib dan banyak lagi sesama sendiri. Sedangkan jika semuanya itu digunakan untuk berhadapan dengan Umno, mustahil Umno tidak dapat ditumpaskan dalam PRU 13 akan datang.
Saya tidak pelik kalau politiking dalaman ini berlaku di negeri yang PAS memerintah. Tentunya setiap individu atau kelompok di situ punya agenda masing-masing. Pertembungan idealisme dan tindakan tentu berlaku, itu biasa sahaja. Kadang-kadang pertembungan itu mematangkan tanpa menafikan ia juga boleh meruntuhkan.
Apa yang pelik ialah apabila ini berlaku di negeri yang PAS tidak sekuat mana, tenaga tidak seramai mana dan strategi politik tidak sehebat mana pun. Dalam keadaan begitu, masih wujud gerakan singkir-menyingkir, jatuh-menjatuh, aib-mengaib dan godam-menggodam.
Ini berpunca daripada orang yang merasa dirinya hebat, berkuasa dan serba berupaya. Sepatutnya perasaan itu dihalakan untuk berdepan dengan Umno bukan untuk berpolitiking secara dalaman.
Tidak ada untung apa-apa apabila ada anggota parti, apatah lagi yang masih berada di barisan pimpinan, disingkir atau dipetiaiskan. Setiap anggota parti, secabuk mana pun, dia perlu digilap sebagai aset, bukannya menyingkirkan anggota yang pada suatu ketika pernah menjadi aset.
PAS bukan milik individu tertentu, tetapi milik ahli dan penyokongnya. Kini ia menjadi milik rakyat. Mengurus PAS bukan seperti mengurus sebuah jentera menuai padi milik sendiri. Kalau jentera itu rosak, padi di bendang tidak akan reput, kerana ada orang lain yang mempunyai jentera yang lebih baik.
PAS milik rakyat, kini menjadi harapan rakyat dan PAS berhadapan dengan ‘persepsi’ rakyat. Kalau PAS rosak, caca-merba, kucar-kacir, sedangkan mereka yang sedang menguruskan PAS pula syok sendiri, kononnya PAS kuat, tunggulah masanya PAS akan dihukum. Ingat, ‘persepsi adalah informasi’.
Kalau PAS rosak, kepada siapa lagi rakyat akan menumpang berteduh dalam situasi Umno tidak lagi dipercayai sebagai payung mereka. Ya, rakyat ada PKR dan DAP. Tetapi ingat, PAS adalah sekutu PR. Kalau PAS kuat, PKR dan DAP pun kuat, begitu sebaliknya.
Maksudnya, kalau ada pimpinan PAS yang melemahkan PAS, dia melemahkan PR. Adakah itu dilupai?
Bagi sebuah kereta, komponen yang paling kecil pun wajib dijaga dengan baik. Kita mungkin tidak memerlukan hon dalam keadaan biasa, tetapi apabila ada kenderaan di hadapan tidak bergerak ketika lampu isyarat berwarna hijau, apa yang dicari? Hon bukan! Justeru, jangan menghina dan memperkecilkan hon.
Benar kata orang tua-tua, kadok kalau naik junjung, dia merasa dirinya sireh. Tetapi sireh, walau pun menjalar di bumi, tetap kekal sebagai sireh. Dia tetap dipungut oleh pemakan sireh. Hanya pemakan sireh yang kenal mana kadok dan mana sireh.
Kadok adalah kadok, sireh adalah sireh.
Buat mereka yang mengikuti perkembangan PAS di negeri paling utara semenanjung, ‘hati boleh panas, tetapi kepala mesti dingin’.

Selasa, Disember 29, 2009

KHASIAT BUAH PISANG

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”.


Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Ahad, Disember 27, 2009

siapa cakap Halal ????

"HALAL KE OLD TOWN WHITE COFFEE & Pak Hainan Kopitiam ni?" Wallahualam.Saya pun kurang pasti.Saya dapat artikel ini dari kawan..diforward dari org lain..saya tambah beberapa info yg saya jumpa (Old Town White Coffee tiada dalam HALAL Malaysia directory , sijil Halal Jabatan agama islam perak untuk Old Town White Coffee).Untuk maklumat lanjut sila baca emel ini sepenuhnya. WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:- -Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan) .klu tgk di pasaraya Nissin mee ni terang2 diletakkan ni NON halal food area.
Nissin Noodles Non Halal (at supermarket)Nissin Noodle on Old Town White Coffee MenuNissin Noodle on "Pak Hainan Kopitiam" Menu-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu ' Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.Untuk pegetahuan saudara/saudari sijil HALAL Jabatan Agama Islam Perak dikeluarkan hanya untuk beberapa produk Old Town White Coffe je (semuanya minuman)-OLDTOWN WHITE COFFEE 3 in 1 Classic-OLDTOWN WHITE COFFEE 3 in 1 Hazelnut-OLDTOWN WHITE COFFEE 3 in 1 Ice Cold-OLDTOWN WHITE COFFEE 3 in 1 - Mild-OLDTOWN WHITE COFFEE 3 in 1 - natural cane sugar-OLDTOWN WHITE COFFEE 3 in 1 Coffee and Creamer-OLDTOWN WHITE MILK TEA 3 in 1-Instant White Coffee-Chocolate Powder-Instant Tea-White Milk tea-Ice Blended Coffee-Ice Blended White Milk Tea-Hazelnut Flavor-Mocha PowderSelain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM TANPA KELULUSAN (sila semak di http://www.halal.gov.my/directory/ - tiada rekod sijil halal dikeluarkan oleh jakim untuk Old town white coffe). Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.Old Town White Coffee Using JAKIM HALAL Malaysia Sign without permitSelain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat(boleh semak di sini http://www.halal.gov.my/aduan_siar.php - dah ada aduan tetapi tindakan masih juga belum diambil). Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADASTATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' menggunakan logo halal jakim sesuka hati?Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM.Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:--WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,- NEWTOWN Kopitiam-WHITE HOUSE Kopitiam-PAK HAINAN Kopitiam-JOM BALI Kopitiamadalah 'TIDAK HALAL'To check Halal product listing please go to: http://www.halal.gov.my/directory/KALAU BETUL TIDAK HALAL kenapa masih belum ada tindakan diambil oleh JAKIM atau mana2 badan yang berkenaan? sedangkan premis boleh menggunakan simbol Halal sewenang-wenangkan di banner dan pintu masuk..Kalau BETUL HALAL , kenapa tiada sijil yang dikeluarkan untuk premis ni??

Khamis, Disember 24, 2009

Berpuasa Sunat pd 9 dan 10 Muharram

Assalamu'alaikum wrm.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dpd Ibn Abbas r.h., bahawa Rasulullah saw ketika berada di Madinah, Baginda mendapati bahawa org-org Yahudi berpuasa pd hari ke sepuluh dari Bulan Muharram (Puasa A'syura). Lalu Rasulullah saw bertanya mereka:

'Hari apakah yg menyebabkan kamu berpuasa ini? Mereka menjawab: ' Hari ini merupakan hari yg agung, di mana ALLAH SWT menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Maka Nabi Musa berpuasa pada hari ini sebagai tanda syukur kpd ALLAH, dan kami turut meraikannya dgn berpuasa. Lalu Rasulullah saw bersabda: ' Kamilah yg lebih berhak menuruti Nabi Musa berbanding kamu!.' Lalu Rasulullah saw berpuasa pd hari tersebut dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.

PUASA PD HARI KE-9 MUHARRAM

Di sana ada riwayat yg menyebut bahawa Rasulullah saw ada menyatakan bahawa kalaulah sekiranya ia hidup lagi di tahun hadapan, maka ia akan berpuasa pd hari ke sembilan dari bulan Muharram. Ditaqdirkan ALLAH, Rasulullah saw telah wafat pd tahun itu, yakni pd tahun yg ke 10H. Para Ulamak telah mengeluarkan pandangan mereka bahawa adalah dibolehkan berpuasa sunat pd 9 Muharram kerana Rasulullah saw ada menyimpan keinginan untuk melakukannya sekiranya umur baginda dipanjangkan ALLAH. Maka ulamak menyatakan bahawa ia tetap menjadi hukum walaupun Rasulullah saw tidak melakukannya, kerana Rasulullah saw menyebut bhw ia akan berpuasa pd 9 Muharram sekiranya berkesempatan melakukannya.

Maka dituntut untuk kita berpuasa sunat pd 10 Muharram (Ahad), dan digalakan juga berpuasa sunat pd 9 Muharram ( Sabtu).

Kenduri perkahwinan pun masih banyak lagi yg akan berlangsung, maka timbang-timbanglah.............

Kalau tak dapat 9 Muharram, mudah-mudahan dimudahkan ALLAH berpuasa sunat pd 10 Muharram.

Wallah hu a'lam.

EMPAT PUNCA HIDUP MANUSIA TIDAK TENTERAM

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.



Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.



Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"



Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!



Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:



# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.



# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.



# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.



# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.



Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.



Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.



"Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA....



Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?


Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..





Rabu, Disember 23, 2009

Mesyuarat AJK Pas Laguna

Makluman semua AJK Pas Laguna Merbok,
Mesyuarat AJK akan di adakan pada:

Tarikh:30hb Dec 2009
Masa: 9.00 malam
Tempat:Rumah Ketua Cawangan
Agenda akan di edar sebelum mesyuarat

Kehadiran AJK diwajibkan bagi menentu atau susun atur program tahun depan

Selasa, Disember 22, 2009

Bahaya Kehilangan.. Bom C4,Enjin Pesawat F-5E,Jawatan Panglima TUDM!!??.

Negara baru sahaja digemparkan dengan kehilangan aset pertahanan negara yang cukup berharga, iaitu sebuah enjin pesawat pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) baru-baru ini. Sungguh mengejutkan bila aset berharga dan terkawal itu boleh hilang. Biar apapun alasan yang diberikan, namun ternyata ia adalah sesuatu yang amat tidak wajar berlaku serta tidak masuk dek akal sama sekali. Tambah menggemparkan bila Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa enjin bernilai RM50 juta itu yang dikesan hilang dari Gudang Material Udara 1, Pengkalan Udara Sungai Besi pada 2007 dan didapati telah dijual kepada sebuah syarikat di Amerika Selatan. Malah maklumat terbaru mendedahkan bahawa, bukan satu enjin yang dijual malahan terdapat dua buah. Engin kedua dikatakan hilang juga bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya dari gudang simpanannya di Pangkalan Udara Kuala Lumpur sebaik tiba dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth. Ini bermakna dua buah enjin pesawat pejuang negara bernilai RM100 juta telah hilang sebenarnya. Soalnya sekarang, kenapa perkara ini baru diperbesar sedangkan kehilangan tersebut telah disedari pada bulan Mei 2008, kehilangan pertama dipercayai berlaku pada tanggal 26 Jun 2007 dan 1 November 2007 (kedua).
Ini bermakna, selepas setahun barulah perkara ini disedari oleh pihak berkuasa tentera di negara ini. Sungguh memalukan melihat senario ini sebenarnya. Masakan, aset berharga jutaan ringgit ini boleh terlepas daripada penjagaan TUDM dengan sewenangnya dan mengambil masa yang lama untuk disedari. Jika diambilkira faktor penghantarannya yang menggunakan kontena dikendalikan oleh sebuah syarikat penyelenggaraan pesawat tentera lantikan kerajaan sendiri, maka amatlah mustahil insiden ini boleh berlaku.Wajarkah Selepas Setahun Hilang Baru DisedariDalam satu kenyataan baru-baru ini, PM Najib Razak juga ada mengatakan bahawa kerajaan tidak akan menyembunyikan tentang kes kehilangan engin pesawat. Namun anehnya, kenapa selepas setahun (Jun 2007) baru kehilangan itu disedari (Mei 2008) selepas enjin berkenaan tidak tiba ke destinasinya?. Soalnya kenapa Ogos 2008 baru laporan polis dibuat? Maknanya setahun kes disedari dan dua bulan baru laporan polis dibuat. Bukankah ini menimbulkan banyak persoalan dan keraguan sebenarnya. Adakah ini caranya pihak Angkatan Tentera Malaysia memantau dan mengawal sistem keselematan atau ketenteraan negara agaknya?. Apakah juga ini bererti perjalanan membawa enjin pesawat pejuang itu, mengambil masa setahun dari Butterworth ke Kuala Lumpur. Sepatutnya, ia harus disedari pada hari yang sama kerana sudah pasti ada pegawai yang berkenaan membuat semakan butir-butir penghantaran dan sebagainya. Amat mustahil ia boleh hilang tanpa disedari. Sedangkan penghantaran bungkusan melalui "pos laju" atau "currier" sekali pun si pengirim dan penerima akan dikehendaki menandatangani pada borang yang berkenaan. Jika tidak diterima dalam masa sekian-sekian, maka sudah pastilah barangan itu akan dipulangkan semula kepada pengirimnya

PASTI-akan dibuka di Laguna Merbok


Kertas kerja sudah dibuat insyaallah tahun depan akan di buka PASTI DI LAGUNA MERBUK
KEPADA IBU BAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI

SHARIL-0164656598 ATAU
YUSOF 0194743767

Kem Anak Soleh-DPPMK

Dewan Pemuda Pas Merbok Kedah akan menganjurkan Program motivasi,kem Anak Soleh
Kepada semua ahli dikehendaki menghantar waris berusia 10~12 tahun.Kejayaan program bergantung kepada sikap pewaris @ibubapa utk mengusahakannya

Tempat:Chalet Merbok
Masa:8am~6pm
Yuran:RM 10.00
Program sehari
sebarang maklumat sila berhubung Ketua Pemuda Pas Merbok:Ust Zahir012 4269003

Org PAS selamatkan saya:Bekas Polis

Bekas Ketua Polis Baling, Tunku Muzafar Tunku Ibrahim, hari ini bertemu seorang anggota PAS yang menyelamatkannya daripada diserang dalam peristiwa Memali pada tahun 1985.
Ketika mengimbas kembali kejadian itu, Tunku Muzafar berkata ketika beliau sedang menuju ke Kampung Memali menaiki sebuah kereta peronda, kenderaannya dikepung 200 penyokong PAS tetapi tiba-tiba beliau terdengar satu suara memekik:"Ini Pak Tunku OCPD Baling, jangan apa-apakan dia, saya biasa berbincang dengan dia, saya tahu dia boleh dipercayai."Tunku Muzafar, 67, hari ini buat pertama kalinya selepas 24 tahun berlakunya peristiwa itu, bertemu semula dengan orang yang menyelamatkannya, Muhamad Yusof Husin (sekarang senator) di lobi Parlimen."Muhamad Yusof-lah orang yang memainkan peranan sehingga dapat meredakan kemarahan penyokong PAS sehingga saya terselamat," kata Tunku Muzafar kepada pemberita selepas pertemuan yang diaturkan oleh abangnya Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.Tunku Muzafar datang dari Kedah semata-mata untuk menemui Muhamad Yusof kerana berasa terhutang budi kepadanya kerana dapat mententeramkan keadaan yang amat getir ketika itu.Muhamad Yusof, 55, yang ketika itu seorang anggota jawatankuasa PAS Baling, berkata beliau menahan penyokong PAS daripada menyerang Tunku Muzafar kerana menghargai sikapnya yang adil terhadap semua tanpa mengira fahaman politik mereka."Ketika kejadian, saya masih muda iaitu 31 tahun, tetapi ia tidak menghalang saya daripada berfikir secara rasional untuk menghargai nyawa orang lain," kata Muhamad Yusof, kini setiausaha perhubungan PAS Kedah.
Dalam kejadian pada 19 Nov 1985 itu, seramai 18 orang terbunuh dan ramai lagi tercedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya

Isnin, Disember 21, 2009

Harga diri

Assalamu'alaikum wrm.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

` Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yg baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dgn selebih-lebihnya atas kebanyakan makhluk-makhluk yg telah Kami ciptakan.'
AL-ISRAK: 70

Bersyukur kepada ALLAH SWT yg telah menciptakan kita sebagai manusia, tidak haiwan binatang ternak. Di dalam ilmu Tasauf, ni'mat menjadi manusia itu dinamakan NI'MAT AL-IJAD. Selagi namanya manusia, tidak kira apa bangsa dan anutan ugamanya, tetap merasai ni'mat menjadi manusia, dgn makan-minum, tempat tinggal, berkeluarga dsb.

Namun di sana ada satu lagi ni'mat yg mesti difahami oleh manusia, iaitulah yg dinamakan NI'MAT AL-IMDAD. Ia membawa maksud, ni'mat menerima ugama Islam, ni'mat menerima insan bernama Muhammad saw sebagai Rasul, ni'mat penurunan Al-Quran sebagai panduan hidup, dan ni'mat-ni'mat lain yg berkait rapat dgn keimanan dan ketuhanan.

Kesan memahami Ni'mat Al-Imdad ini akan membawa manusia itu ke satu tahap dapat menghargai diri sendiri. Almarhum Hamka menjelaskan bahawa org-org yg menghargai diri sendiri itu mempunyai 3 sifat utama:

1. Membela dan menyatakan kebenaran

2. Berfikir menurut keyakinan sendiri (berlandaskan Al-Quran dan sunnah)

3. Berkata menurut apa yg dipercayai benarnya.

Inilah sebahagian sifat para Rasul a.h.s.w. Moga kita mampu berhijrah ke arahnya.

Wallah hu a'lam.





Blog bukan tempat menabur Fitnah

KUALA LUMPUR, 20 Dis [10.00 am] - Majlis pelancaran Kelab Blogger PAS telah disempurnakan oleh Tuan Guru Dato' Seri Hj.Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) sebentar tadi. Kira-kira seramai 500 orang peserta telah menyertai Konvensyen Blogger PAS di Dewan Dato' Fadzil Noor, Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar dekat sini. Konvensyen sehari itu telah disertai oleh para blogger yang datang dari seluruh pelusuk negara. Pendaftaran peserta bermula seawal jam 8.00 pagi lagi. Sekitar jam 9.00 pagi program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Ucaptama perasmian juga telah dilakukan oleh Presiden PAS sendiri. Konvensyen yang julung-julung kali diadakan itu membawa tema "Harapan Dan Cabaran Buat Blogger PAS", turut dibuka kepada blogger lain yang turut menyokong PAS. Pembentangan kertas kerja pertama bertajuk "Mengurus Potensi Media Baru Dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Menurut Perspektif Future Studies" dibuat oleh Prof Madya Dr.Abu Hassan Hasbullah (UM). Manakala kertas kerja kedua dibentang oleh Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin yang bertajuk "Blog Sebagai Arena Dakwah Dan Bukan Medan Fitnah

Ahad, Disember 20, 2009

2009

Kisah Benar:Selama ini aku silap menilai PAS.....
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Entry ini adalah kesinambungan daripada post yang terdahulu Penyakit UMNGOK dikalangan orang Melayu.. Berikutnya adalah sebuah testimoni seorang bekas pesakit wabak kronik UMNGOK yang telah pulih sepenuhnya setelah menjadi Ahli PAS."Aku dilahirkan di sebuah negeri selatan Malaysia, bapa aku seorang bekas ketua bahagian UMNO di kawasan kami pada tahun 1987 hingga 1993. Dia merupakan seorang penyokong kuat kepada bekas TPM Tun Ghafar.

Selepas Tun Ghafar tidak disokong untuk menduduki TPM dia tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Bahagian tetapi masih memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan. pada tahun tersebut bapa aku telah pergi menunaikan fardu haji. Semasa bapa aku menunaikan fardu haji dia telah berjumpa dengan beberapa orang ustaz yang berasal dari utara tanahair

.Pada tahun 1994 setelah tamat pengajian aku di sebuah institusi pengajian tinggi, aku telah mendapat tawaran untuk berkhidmat dengan kerajaan dan di tempat di utara tanahair. Pada mulanya aku berkhidmat di sana aku rasa cukup bosan maklumlah sebelum ini aku berada di sebuah negeri yang dianggap maju dengan dipenuhi tempat-tempat maksiat untuk melepaskan kebosanan. Di sini aku cuma berhadapan dengan orang-orang kampung dan juga dengan masjid-masjid. aku mula berkawan dengan penduduk-penduduk di sekitar taman yang aku tinggal, mula-mula tu aku agak kekok kerana sebelum ini aku akan ke masjid hanya bila solat Jumaat dan kalau ada kenduri. Tetapi bila di sini aku mula mendekati masjid setiap hari dan mula mendengar kuliah-kuliah agama.

Sebelum ini aku yang terdedah dengan UMNO dan BN hanya anggap PAS dan ustaz-ustaz yang memakai serban di kepala itu sebagai faham sesat. Dari kecil aku telah ditanamkan perasaan benci kepada golongan PAS. Aku masih ingat lagi peristiwa Mamali di Baling dan dalam masa yang sama di TV1 satu ketika itu telah menayang satu drama bertajuk 'Guru Yahya' perkara-perkara ini telah tertanam dalam jiwa aku.

Dari situ aku menjadi orang yang membencikan PAS, aku pernah membentangkan satu tessi masa pengajiaan dulu berkaitan kebencian aku tetrhadap PAS ketika itu yang aku anggap sebagai pelampau dan sesat.

Setelah hampir setahun aku berkhidmat di utara tanahair, bapa aku kerap mengunjung aku di sini. Aku pula sudah mula rasa selesa dan tidak kekok dengan keadaan sekitar. Bila keluarga aku dari kampung datang mengunjung aku, aku akan bawa keluarga aku untuk mendengar kuliah-kuliah agama yang jarang kami dengar di tempat kami.

Di tempat kami kuliah-kuliah agama banyak menekankan tentang perkara-perkara Fekah sahaja, manakala ilmu-ilmu lain dalam Islam tidak pernah kami dengar. walaupun aku yang belajar di sekolah agama hingga kedarjah 4 Senawi, banyak lagi ilmu-ilmu agama yang tidak didedahkan.

Bapa aku yang merupakan seorang perjuang UMNO dulu cukup benci kepada ustaz-ustaz yang berserban telah mula berminat untuk mendengar kuliah-kuliah di sini. pada masa yang sama bapa aku telah berjumpa dengan kawan-kawannya yang sama menunaikan haji dulu.

Aku mula-mula mendekati PAS apabila aku diajak oleh seorang kawan aku untuk mendengar ceramah oleh Haji Mohamad Sabu. dari situ aku mula berminat untuk mendengar dan aku cuba mengkaji dan mendalami apa yang diperjuangkan PAS sebenarnya. Bapa aku yang sering mengunjungi aku juga telah aku bawa untuk mendengar ceramah-ceramah PAS. Aku mula membeli Harakah yang ketika itu dikeluarkan 2 kali seminggu. Bapa aku juga dah mula berminat dan memahami PAS.

Pada tahun berikutnya dalam pemilihan UMNO bapa aku tidak langsung mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cawanagan UMNO, dia juga tidak dalam pemilihan tersebut.Pada tahun 1997 aku yang telah beberapa tahun mengenali PAS dan mendalami prinsip-prinsip perjuangan PAS telah mendaftar sebagi ahli PAS. Walaupun sebelum ini aku memang seorang ahli UMNO, tetapi setelah aku sedar didalam PAS tidak ada semangat Kebangsaan sebagai landasan seperti UMNO. Di dalam PAS bangsa dan kaum adalah tempat ke 2 selepas Islam didahului.

Bapa aku yang dulu perjuang UMNO sekarang sudah mula condong dan mendekati PAS, apabila UMNO menghadapi krisis pada 1998, bapa aku yang sekadar ahli biasa ketika itu telah keluar beramai-ramai dan mendaftar sebagai ahli PAS. Aku juga terkejut di kampung aku yang selama ini tidak pernah ada cawangan PAS, bapa aku dan orang-orang kampung telah berjaya menubuhkan cawangan PAS pertama di kampung. Walaupun bapa aku tidak memegang apa-apa jawatan dalam cawangan tersebut, dia rela dan bersemangat untuk terus menyumbang idea.

Pengalaman sebagai ketua bahagian UMNO digunakan oleh bapa aku untu menyumbang kepada pengerakan PAS di kampung. Hampir sepuluh tahun cawangan PAS di kampung aku ditubuhka, akhirnya kawasan itu telah berjaya diwakili oleh seorang DR dari PAS.Setelah 11 tahun aku menyertai PAS aku tidak pernah berasa jemu untuk terus berjuang dan memberitau kepada orang ramai bahawa PAS ialah sebuah parti yang sentiasa mengutama Islam.

Aku juga bersyukur kerana Allah s.w.t. membukakan hati aku dan keluarga untuk bersama-sama dalam perjuang jihad ini. Memang banyak dugaan yang aku alami, aku pernah ditahan kenaikan pangkat, aku juga pernah dihantar perkhidmat di seberang laut tetapi dengan kuasa Allah s.w.t, aku harunginya. Sekarang aku sebagai seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di negeri yang dipimpin oleh seorang Ustaz.Aku amat bersyukur, walaupun banyak perkara yang dulunya aku benci kepada PAS. Tapi Allah s.w.t. membukakan hati ini, aku amat sayangkan perjuangan ini. Bapa aku juga sebelum ini sangat bencikan PAS telah sama-sama berjuang dalam jihad ini.


Aku cukup berbangga menjadi anak kepada bapa dan keluarga aku kerana mereka sedar dari kesilapan dulu.Pesanan bapa aku ' Biar kita berjuang lewat tetapi kita ikhlas dan sentiasa menyerahkan jiwa kita kepada Allah s.w.t.'. jadi marilah semua umat Islam bersama-sama kita dlam perjuang jihad untuk menegakkan daulat Islam di negara ini.Semoga kisah ini boleh dijadikan pengajaran kepada yang masih UMNGOK......

Sabtu, Disember 19, 2009

DASAR PAKATAN RAKYA YANG DIBENTANGKAN 19/12/09.

Dec 19, 2009 09:20:01 am


1. Demokrasi Telus dan Tulen A - Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-UndangB - Pemisahan KuasaC - Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil 2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil A - Ekonomi Kemahiran TinggiB - Ekonomi Demokratik dan TelusC - Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi NegeriD - Dasar Afirmatif Berdasarkan KeperluanE - Tenaga KerjaF - Jaringan Perlindungan SosialG- PerumahanH- Prasarana dan Kemudahan AwamI- Alam Sekitar
3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan A - Perpaduan dan Keadilan SosialB - AgamaC - PendidikanD - Wanita dan Institusi KeluargaE - Golongan MudaF - KeselamatanG - KesihatanH - Kebudayaan
4. Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara A - Sistem PersekutuanB - Sabah dan SarawakC - Dasar Luar Negara MUAFAKAT RAKYAT
Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.
Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan "demokrasi otoritarian". Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.
Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.
Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campur tangan politik dan kepentingan perniagaan. Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat. Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan. Malah kami yakin; kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.
Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.
Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.
Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.
1. Demokrasi Telus dan Tulen
A - Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang
Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Pakatan Rakyat akan:
i. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153
ii. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.
iii. Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
iv. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
v. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.
vi. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.
B - Pemisahan Kuasa
Keberkesanan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif.
Pakatan Rakyat akan:
i. Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.
ii. Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan peranan kuasa semak dan imbang.
iii. Menjamin pertanggungjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.
iv. Mewajibkan perlantikan jawatan-jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.
v. Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman).
vi. Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.
vii. Membebaskan media, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan Internet.
viii. Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap.
ix. Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan.
C - Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil
Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan dengan pilihanraya.
Pakatan Rakyat akan:
i. Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.
ii. Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.
iii. Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.
iv. Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.
v. Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum.
vi. Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.
2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil
Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan dibidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara.
Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan.
Pakatan Rakyat beriltizam untuk ‘Merakyatkan Ekonomi Negara’ bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapisan rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan diantara kaya-miskin serta mengatasi ketidak seimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai.
A - Ekonomi Kemahiran Tinggi
Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketerampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara. Pakatan Rakyat akan:
i. Menjamin peluan pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.
ii. Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti..
iii. Menggalakkan warga neraga yang professional dan berkemahiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tanah air dengan menyedaikan suasana kerja yang professional dan menarik.
B - Ekonomi Demokratik dan Telus
Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggunjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.
Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mapan serta menghakis daya sain negara.
Pakatan Rakyat akan:
i. Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.
ii. Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil kepada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasarana air.
iii Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia. C –Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri
Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan dasar pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing.
Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkat hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara.
Pakatan Rakyat akan:
i. Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.
ii. Mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.
iii. Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekali gus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang
iv. Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentu serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.
D - Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan
Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan Rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.
Pakatan Rakyat akan:
i. Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.
ii. Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.
iii. Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar.
iv. Menyediakan biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit.
v. Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.
vi. Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan E- Tenaga Kerja
Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dipelihara.
Pakatan Rakyat akan:
i. Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia. ii. Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa. iii. Memperkenalkan Akta Peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua. iv. Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi. v. Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti. vi. Menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing. vii. Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.
F - Jaringan Perlindungan Sosial
Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara.
Pakatan Rakyat akan:
i. Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.
ii. Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja.
iii. Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.
G - Perumahan
Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka Pakatan Rakyat akan:
i. Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah.
ii Mengatasi masalah "setinggan/peneroka bandar" sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka.
iii. Menyelaraskan sistem perundingan antara "setinggan/peneroka bandar", pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah;
iv. Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah;
v. Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.
vi. Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati.
vii. Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya.
H- Prasarana dan Kemudahan Awam
Penyediaan dan penyenggaraan prasarana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan. Perlaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka.
Pakatan Rakyat akan:
i. Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.
ii. Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.
iii. Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat.
iv. Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam.
v. Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka.
vi. Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.
I- Alam Sekitar
Alam sekitar merupakan khazanah negara yang wajib dipelihara untuk kelestarian hidup generasi masa depan. Mendepani krisis perubahan iklim, Pakatan Rakyat beriltizam:
i. Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.
ii. Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.
iii. Membina asas dan kemahiran teknologi bagi untuk melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.
iv. Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.
v. Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antarabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.
3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan
A - Perpaduan dan Keadilan Sosial
Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan Rakyat berjanji membina semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni.
Pakatan Rakyat akan:
i.Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.
ii. Mengembeling tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
iii. Menggubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.
iv. Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka
v. Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan.
vi. Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap kepelbagaian budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.
vii. Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.
B - Agama
Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti sistem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin.
Pakatan Rakyat berikrar:
i. Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia.
ii. Menganjur dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.
iii. Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.
iv. Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat. v. Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.
C - Pendidikan
Pendidikan seharusnya bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasad dan intelek. Melalui sistem pendidikan negara, Pakatan Rakyat bertekad untuk menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu dan menjamin peluang yang saksama kepada rakyat.
Pakatan Rakyat akan:
i. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
ii. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
iii. Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
iv. Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
v. Memastikan perlantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
vi. Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak;
vii. Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
viii. Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.
ix. Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.
x. Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
xi. Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
xii. Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.
xiii. Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah(diploma berkembar).
D - Wanita Dan Institusi Keluarga
Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan, pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh diabaikan.
Pakatan Rakyat akan:
i. Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan dan yang adil dalam segala bidang.
ii. Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.
iii. Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.
iv. Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.
v. Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.
vi. Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.
vii. Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.
viii. Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.
ix. Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.
E - Golongan Muda
Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak.
Pakatan Rakyat akan:
i. Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri.
ii. Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.
iii. Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara.
F - Keselamatan
Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini. Walhal rakyat Malaysia seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari ancaman jenayah pada setiap masa. Pakatan Rakyat bertekad memastikan pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih baik untuk menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni menentukan setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat.
Pakatan Rakyat akan:
i. Menjadikan polis bebas dan profesional serta mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamatan awam
ii. Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis yang cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.
iii. Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah.
iv. Melaksanakan semua saranan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara.
v. Memperbaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral.
vi. Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti.
vii. Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah. G - Kesihatan
Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan awam sewajarnya diperkasakan secara tuntas, sekaligus menjamin perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat.
Pakatan Rakyat akan:
i. Menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta. ii. Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah. iii. Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam. iv. Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaan kesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.
H. Kebudayaan
Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah. Oleh itu Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971). Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan:
i. Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui semua medium.
ii. Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka.
iii. Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun.
4. Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara A - Sistem Persekutuan
Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta keperluan rakyat.
Pakatan Rakyat akan:
i. Menjamin royalti sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.
ii. Memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil.
iii. Menambah geran per kapita untuk negeri-negeri.
B - Sabah dan Sarawak
Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasayang memihak kepada kerajaan pusat sebelah, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur.
Pakatan Rakyat akan:
i. Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.
ii. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing.
iii. Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.
iv. Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.
C - Dasar Luar Negara
Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti dipertingkatkan. Adalah menjadi matlamat kita untuk merangka satu dasar luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat, penyelesaian melalui perundingan, dialog antara peradaban demi keselamatan, keamanan dan kemakmuran.
Pakatan Rakyat akan:
i. Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharaan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan.
ii. Aktif menjadi pelopor dan peneraju dialog antara peradaban.
iii. Mengukuhkan kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa dengan rakan-rakan serantau terutamanya anggota-anggota Asean.
iv. Memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa.
*Dasar Pakatan Rakyat yang dibentangkan di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama, 19 Disember 2009 di Auditorium MBSA Shah Alam, Selangor.

pENDEDAHAN bALA?PANASKAN nAJIB DENDAMKAN aNUAR


Susulan pendedahan demi pendedahan yang dibuat dalam blog Malaysia Today perihal rakaman video pendedahan "skandal pembunuhan Altantunya" oleh Penyiasat Persendirian P.Balasubramaniam, maka ternyata kini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak bagai "cacing kepanasan". Biarpun isterinya, Rosmah Mansor mengatakan segala maklumat terbaru itu tidak menganggu tugas-tugas Najib dan dianggap sebagai tuduhan liar yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang cemburu dengan suaminya itu. Malah Rosmah juga ada berkata beliau tidak risau dengan begitu banyak tuduhan jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak-pihak yang bersikap memusuhi beliau dan sebagai isteri perdana benteri, beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna serta baik untuk masa depan. Begitulah kenyataan seorang isteri pemimpin yang kini mungkin tidak lena tidur akibat dibuai oleh mimpi-mimpi ngeri jelmaan "Altantunya Shariibuu". Umum melihat, biarpun kes itu seolah-olah sudah ditutup rapat-rapat bilamana dua "kambing hitam" iaitu Sirul Azhar dan Azilah Hadri didapati bersalah dan dihukum gantung oleh mahkamah hujung tahun lalu. Namun, sehingga kini rakyat masih sangsi dengan keputusan tersebut, tambahan pula pabila dalang disebalik skandal ini iaitu Razak Baginda dibebaskan oleh mahkamah. Sedangkan, kedua-dua tertuduh itu sebenarnya kemungkinan besar mendapat arahan daripada Razak sendiri. Manakala Razak pula sudah pasti mendapat arahan pihak atasan atau "Boss"nya. Malah, di mahkamah sendiri, Razak ada menjelaskan bahawa Altantunya mengugut beliau dan meminta diberi bayaran ratusan ribu ringgit. Soalnya, kenapa tuntutan itu dilakukan oleh Altantunya?. Apakah beliau hanya "berseronok" meminta wang daripada Razak tanpa ada apa-apa perjanjian yang dimeterai sebelum itu?. Kenapa pihak polis tidak mahu menyiasat kaitan perkara ini agaknya?

Jumaat, Disember 18, 2009

Sungai Petani bakal jadi Halal City 2020

SUNGAI PETANI 17 Dis. – Kedah bercadang mewujudkan bandar berkonsep halal atau Halal City di Sungai Petani bagi menarik lebih ramai pelabur tempatan dan asing menjelang tahun 2020.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pemilihan konsep tersebut dibuat selepas mengambil kira keupayaan Sungai Petani yang kini merupakan antara bandar paling pesat membangun di kawasan utara.

Selain itu, katanya, daerah tersebut turut dikesan mempunyai potensi pembangunan seperti pertanian dan sumber semula jadi yang begitu luas untuk dimanfaatkan sebagai pendapatan pada masa akan datang.

“Cadangan pembangunan projek Halal City ini merupakan satu keputusan untuk masa depan. Ia terkandung dalam Draf Rancangan Tempatan 2020 bagi kawasan ini daerah Kuala Muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pameran publisiti dan penyertaan awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda di Kelab Cinta Sayang di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi; Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Kedah, Noran Sharif dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Rozaina Radzi.

Pameran Draf Rancangan Tempatan tersebut akan dibuka bagi mendapatkan maklum balas, cadangan dan bantahan orang ramai sehingga 31 Disember ini.
Menurut Azizan, kewujudan Halal City berkenaan diharap dapat menampung pertumbuhan pesat sektor industri makanan halal Kedah dan negara ini pada masa akan datang.
“Berdasarkan Draf Rancangan Tempatan tersebut, Halal City Sungai Petani turut disokong oleh projek baru seperti Terminal Bersepadu Sungai Petani yang menjadikan kawasan ini sebagai pusat utama pengangkutan darat di Kedah,” katanya.

Tambahnya, projek-projek tersebut dijangka boleh menambah peluang pekerjaan dan seterusnya meningkatkan lagi taraf sosioekonomi di kalangan penduduk negeri ini.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat Kedah khususnya di daerah Kuala Muda dapat melaksanakan tanggungjawab dengan mengemukakan cadangan ataupun bantahan mengenai draf rancangan tempatan berkenaan

Khamis, Disember 17, 2009



17 December 2009

UMNO MASIH PRIMITIF.. Lanie Dok Gila Tekan Cikgu yg sokong pakatan rakyat...
Akibat doa 'pecah perut' yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz, nampaknya hayat UMNO makin pendek. Macam-macam berlaku dalam UMNO la ni. Yang terbaru, arahan telah dikeluarkan oleh Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajartan agar semua Ketua UMNO Bahagian, Pemuda UMNO Bahagian dan semua Cawangan UMNO seluruh negara menyenaraikan mana-mana kakitangan Kerajaan Pusat yang dikatakan atau dichop sebagai 'PEMBANGKANG'.Muhyiddin mahu senarai nama-nama mereka yang dichop dan diambil tindakan dengan cara ditukar tempat kerja. Negeri-negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT akan diberi keutamaan dan fokus utama. JKKP dan Ketua Cawangan boleh bagi nama dan itu sudah dikira sah dan boleh diambil tindakan. Asalkan ada nama dan dichop 'pembangkang', maka tindakan akan terus dilaksanakan.Oleh sebab Muhyiddin tu Menteri Pelajaran, maka dia mahu semua juak-juak UMNO yang primitif dan buta kayu serta dungu memberi fokus kepada cikgu-cikgu yang dianggap 'pembangkang'. Maka berjela-jelalah senarai nama cikgu yang disenaraikan oleh haram jadah UMNO kampung dan barua-barua UMNO yang merupakan kaki perasuah, kaki betina dan kaki maksiat yang menjadi PELINGKUP MELAYU.Oleh sebab terdesak takut hancur dalam PRU-13, Muhyiddin terpaksa gunakan kaedah primitif dengan tujuan untuk memberi pengajaran bahawa sapa-sapa yang dianggap 'pembangkang' akan menerima padah. Di Kedah sudah ada hampir 60 nama cikgu yang kini dalam fail Shafie Afdal....Shafie akan bawa senarai nama tu mengadap Muhyiddin Yassin dan Muhyiddin Yassin tanpa usul periksa akan arahkan Ketua Pengarah Pelajaran untuk tukarkan cikgu-cikgu tersebut.....Inilah yang akan berlaku dalam bulan JANUARI 2010 nanti. UMNO benar-benar terdesak. Berbeza dengan Kerajaan PAKATAN RAKYAT yang jauh bersifat profesional. Walaupun masih ramai juak-juak UMNO totok dalam Kerajaan Negeri Kedah, namun Menteri Besar dan pimpinan PAS dan PKR peringkat Kawasan dan Cawangan tak pernah pun dok pikiag nak ambik senarai nama dan buat tindakan macam tu.Lihatlah betapa bodoh dan jakunnya UMNO. Tak profesional langsung. Depa dok pikiag nak ambik tindakan jahat kepada cikgu-cikgu saja. Sepatutnya depa kenalah pikiag macamana nak bangunkan profesion cikgu-cikgu ni. Sebab tu, aku amat yakin, kalau tindakan dikenakan kepada cikgu-cikgu di Kedah ni, sudah pasti kebencian yang sudah sekian lama terhadap UMNO akan terus membara dan akan terus subur sehinggalah UMNO berkubur dan tidak ada lagi rupa di atas muka bumi ini...Hampa tunggulah.............

SALAM MA'AL HIJRAH

SALAM MA'AL HIJRAH
1430 Tahun berlalu
Detik sejarah yang menjadi penentu
Dengan matlamat dan hala tuju
Membawa syiar demi Allah yang satu
Hijrah Nabi ke Kota Madinah
Demi Allah Tuhan yang disembah
Menegakkan perjuangan memikul amanah
Membina kekuatan memantapkan ummah
Hijrah adalah pengorbanan
Ratusan batu Muhajirin menempuh perjalanan
Meninggalkan harta dan kampung halaman
Demi Allah dan Rasul menyahut cabaran
Hijrah Nabi bersama sahabat
Disambut Ansar secara terhormat
Bumi Taif wilayah yang berkat
Madinah membangun dengan pesat
Bijaksana Nabi Rasul junjungan
Menegakkan hukum serta percaturan
Berlandaskan wahyu sumber Al-Quran
Berkembanglah Islam menjadi ikutan
Kekuatan dibina secara hikmah
Dakwah disebar ke setiap arah
Dengan barakah kehendak Allah
Membawa kepada Fathul Makkah
Demikian hebatnya peristiwa hijrah
Menjadi wadah menyusun langkah
Islam berdaulat di bumi bertuah
Terus gemilang membawa risalah
SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1431
BERSAMA PERJUANGAN PAS KITA BERSATU

Selamat Tahun Baru Hijrah

Tuan-tuan puan-puan musimin muslimat
Selamat Tahun Baru Hijrah yang berkat
Marilah kita membulatkan tekad dan niat
Menyokong perjuangan Islam di bumi berdaulat

Di bawah lambang Pas kita berpakat
Yang mana belum jadi ahli ayuh cepat-cepat
Daftar segera kita sokong Pakatan Rakyat
Pertahankan kemenangan demi kesejahteraan ummat

ALLAHU AKBAR!

31hb mari bersama LANDAS

Kepada semua Pemuda Pas marilah kita bersama bersatu hati membantu mengatasi gejala sosial pd malam menyambut tahun baru pd 31hb 11malam hingga 4pagi 1hb jan 2010.
tempat berkumpul di Pejabat Dewan Pemuda Pas Merbok di Amanjaya.Marilah kita buktikan Kerajaan Pas Kedah sebagai kerajaan contoh di Malaysia ini,seperti amanat yang disampaikan oleh Sultan Kedah semasa perasmian DUN baru baru ini.

Rabu, Disember 16, 2009

Senarai nama MP yang gagal hadir semasa pengundian Budget Najib.


Walau apa pun alasan Tuan-Tuan sekelian.. ketahuilah Tuan-Tuan sekelian dilantik untuk menjadi Ahli Parlimen untuk berada di Parlimen bagi pihak rakyat..





Note: * Dilarang untuk menghadiri Parlimen


Senarai penuh..
1~P008 Pokok Sena , PAS Mahfuz Omar
2~P016 Baling PAS , Taib Azamudden Md Taib
3~P022 Pasir Mas, PAS Ibrahim Ali
4~P043 Bagan, DAP Lim Guan Eng
5~P046 Batu Kawan, DAP P. Ramasamy
6~P049 Tanjong, DAP Chow Kon Yeow
7~P050 Jelutong, DAP Ooi Chuan Aun
8~P051 Bukit Gelugor, DAP Karpal Singh
9~P052 Bayan Baru, PKR Zahrain Mohamed Hashim
10~P057 Parit Buntar, PAS Mujahid Yusof Rawa
11~P058 Bagan Serai, PKR Mohsin Fadzli Samsuri
12~P094 Hulu Selangor, PKR Zainal Abidin Ahmad
13~P098 Gombak, PKR Mohamed Azmin Ali
14~P101 Hulu Langat, PAS Che Rosli Che Mat
14~P103 Puchong, DAP Gobind Singh Deo *
16~P109 Kapar, PKR Manikavasagam Sundaram
17~P121 Pantai, Dalam PKR Nurul Izzah Anwar
18~P122 Seputeh, DAP Teresa Kok Suh Sim
19~P124 Bandar Tun Razak, PKR Abd Khalid Ibrahim
20~P171 Sepanggar, SAPP Enchin Majimbun @ Eric
21~P190 Tawau, SAPP Chua Soon Bui

Tamrin pemangkin semangat- PAS Cawangan

















Wujud perjuang terkini utk berjuang sampai akhir hayat.wahdah perjuang perlu mencari supaya tidak tercari cari mcamana nak berjuang
PAS Laguna Merbok berkumpul mencari semangat juang baru bagi motavasi diri utk dilaksanakan masa akan datang.
Islam Memimpin Ummah.