MARI MENDENGAR & MEMAHAMI AL-QUR'AN

Listen to Quran

Ahad, Januari 31, 2010

SEMAK-SEMAK YANG PERLU DITEBAS

Assalammualaikum,


Amatlah malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan keadilan pada hari ini apabila mengetahui harapan yang telah disandarkan mereka kepada calon2 pilihan telah mengkianati amanah setelah dipilih pada PRU ke 12 yang lalu. Setelah sahaja dipilih maka terserlahlah keberibadian calon2 tersebut. Harapan baru Untuk Malaysia seperti yang menjadi menifesto PKR hancur punah. Yang ada hanyalah kebobrokkan individu calun itu sendiri. Maka terserlahlah keperibadian calun2 tersebut. Ada yang nampak alim dan zuhud tapi haprak.....jarang2 balik kekawasan tapi membuat kenyataan seolah olah sentiasa berada dikawasannya. Menyatakan semua masalah rakyat seperti pemotongan rumput, pembersihan kawasan dan masalah setempat telah diselesaikannya. Piiirah...janji sana janji sini lepas tu muka pun tak nampak. Boleh dikira dengan jari program turun kekawasan. Nasib baik ada blackberry. Kalau nak dibandingkan dengan MP lain yang bertanggung jawab cukuplah dibezakan dengan adanya Pusat Khidmat Ahli Parlimen. Ini apa pun tarak, takcaya buka blog Junjungan Mulia. Bagai melepas batuk ditangga....tup2 selesai masalah sana masalah sini. Baru2 ni buat statmen menyatakan semua keputusan samada meletak jawatan atau melompat parti terletak ditangannya...betul, rakyat tak nafikan. Tapi yang memilih hang adalah rakyat, rakyat pula memilih bukan pasal hang tu bagus atau pun hang tu zuhud. Tapi rakyat memilih hang pasal hang bertanding atas tiket Parti. Sebab Pakatan Rakyat mencalunkan hang wakil jadi rakyat memangkah lah agar PKR dan Pakatan Rakyat menang. Hang kena ingat pengorbanan pemimpin dan penyokong parti yang membantu hang dengan duit ringgit dan peloh sendiri walau pun hang tak mengeluarkan duit, Apa ke JADAH manusia jenis tak mengenang jasa orang, spesis ni mai kot mana?..Lepas ni hang bertanding atas nama individu kalau hang berani dan nak tengok langit tinggi ke rendah, nak dapat undi berapa banyak dan hilang wang pertaruhan. Kalau nak syok lagi hang minta bertanding atas tiket Ameno nak tengok Aziz Kadiaq bagi ke tak!!!. Lagi hang dok tulis lagi orang Kulim meluat kat hang. Lani macam jadi cerita lawak bila berbicara pasal hang. Tajuk pasai nama hang aje orang dok ketawa berdekah dekah tak kira di kedai kopi, surau atau Mesjid. Yang pasti semuanya mengeluarkan kalam menyesal memangkah dan memilih hang menjadi wakil rakyat Kulim Bandar Baharu...

Cerita di Parlimen Merbuk pun khabarnya sama aje. Ada Ahli Parlimen duduk di kawasan tapi yang peliknya taktahu Kampung2 dalam parlimennya. Jangan ke jalan tak tahu tapi nama kampung pun tak tahu juga. Nampak sangat tak pernah turun ke kawasan. Ada juga kedengaran nak melompat parti. Mana taknya, dok kawan dengan pengkianat parti. Pusat khidmat Parlimen dok berjiran dengan kedai orang yang menjual parti untuk menjadi kaya. 30hb, baru ni siap tolong rasmikan majlis perasmian syarikat Nabba iaitu pusat kecantikan di Taman Tuanku Hamimah. Empunya syarikat adalah si Zamil Ibrahim yang membuat kerja-kerja kianat untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Beliau lah yang menjadi orang tengah berjumpa dan membuat tawaran kepada Adun2 PKR agar berpaling tadah. Ada juga khabarnya 3 kroni MP merbuk ni yang dilantik menjadi ahli Majlis Sg. Petani hadir sama. Seolah olah meredhoi kerja buat si Zamil. Kita tak la nak marah kalau atas nama persahabatan tapi apa pula PERSEPSI penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat. Kawasan tersebut adalah kubu kuat PR. Kalau berakal adalah lebih baik dan afdal kalau berkecuali. Tak payah pi rasmi. Nampak bercelaru dan juga kekaburan yang ada selama ini makin ternampak jelas. Kerajaan PR hampir tumbang bila telah ada adun yang bersetuju untuk melompat dan projek ini terpaksa ditangguhkan dulu kerana masih ada Adun yang kuat semangatnya walau pun Adun tersebut orang susah tapi semangan perjuangannya kental. Umum juga tahu bahawa MP ini juga adalah calun pilihan Zamil and the gang tapi perlulah MP ini ingat bahawa berhidmat untuk rakyat adalah segala galanya dari termakan budi yang menyebabkan boleh rosakkan siasah dan perjuangan. Biarkanlah Zamil dengan kekayaan yang diperolehi dari menjual maruahnya tetapi MP tersebut kena teruskan berkhidmat untuk rakyat terbanyak.

Di Pulau Pinang juga ada cerita nak melompat parti. Kita sebagai penyokong Pakatan Rakyat dikhabarkan bahawa semua alasan untuk melompat adalah hilang kepercayaan kepada pimpinan PKR. Telah lari dari asas perjuangan...Nak tanya pembaca betul ke?????. Sebagai pemerhati bebas rakyat marhain yang tiada berkepentingan melihat dan menilai bahawa banyak bezanya antara pemerintahan PR dan UBN. Yang sebenar lari prinsip perjuangannya adalah UBN. Hanya mengisi perut dan tembolok sendiri dan kroni. Cuma ada segelintir MP PR yang terikut ikut dengan rentak MP UBN. Dulu masa bejuang untuk rakyat naik teksi dan bas ekspress tapi kini dah beli Mercedes mata kacang siap dengan no plet yang ditender. Dulu dok rumah teres tapi kini dah beli banglow ratusan ribu ringgit. Kerana harta dunia ni lah yang menyebabkan kita lupa pada prinsip dan perjuangan. Dah lupa bumi yang dipijak dan lupa kepada rakyat yang perlu dibela. Tapi kesal juga bila Ketua Menteri PP ni pi biaq MPPP dok roboh gerai2 peniaga melayu ni buat apa!. Dok bagi peluru kat musuh maka senang la musuh menembak balik kita. Sepatutnya Lim Guan Eng ni patut mengarahkan operasi peruntuhan tersebut ditangguhkan kerana beliau mempunyai kuasa. Panggil peniaga ni berbincang dengan mereka dan kalau perlu dibina gerai baru, bina untuk pendapatan harian mereka. Ini tidak dok biarkan MPPP bermaharaja lela seolah ada tangan2 ghaib yang mengarahkan kerja tersebut untuk memalukan kerajaan PR.Kerana kita tahu bahawa ini semua adalah peninggalan kerajaan korup yang terdahulu. Tapi sekurang kurangnya berbincanglah terlebih dahulu dengan rakyat........!!!. Bagi negeri Pahang pula dah lama dulu ada juga kedengaran untuk melompat parti dari sumber2 geng Kelab Anti PKR ni. Rakyat rasa terkedu juga apabila tiada hujan dan ribut tiba2 MP Indera Mahkota ni membuat kenyataan akhbar meletakkan jawatan dalam PKR Negeri. Bagi saya yang dah dengar cerita dulu ni berasa apakah berjaya pula kerja buat Kelab Anti PKR ni....Semoga semua MP yang diatas menguatkan semangat perjuangan sekurang kurangnya sehingga PRU ke 13 akan datang.

Dalam Mingguan Malaysia hari ini muka depan dengan tajuk "Ramai lompat keluar bila PKR hanyut" dengan gambar Presiden Kelab Anti PKR. Akhbar propaganda ni pikir rakyat akan mempercayai tohmahan tersebut. Sepatutnya dia sebut Ramai yang lompat keluar bila UBN hanyut.....kerana yang teruknya adalah UBN sendiri. Mereka bertambah kronik dan barahnya dah sampai tahap empat iaitu boleh membawa maut dan tiada ubatnya. Hanya tunggu untuk dibaca surah Yassain sebelum dikafankan. Dengan berlakunya berbagai peristiwa keji seperti kehilangan injen jet, kenaikan harga barangan dan tak lama lagi kenaikan harga minyak petrol dan disel. Rakyat terbeban dan tak mempercayai UBN lagi oleh kerana itu makin kuatlah propaganda menekan dan memburukkan PR. Lagi kuat ditekan dan dimainkan sentimen perpecahan PR bermakna sebenarnya semakin kronik UBN. Sehingga terpaksa membuat progran merekalah kononnya juara Rakyat......

Sebagai kesimpulannya untuk dimasa hadapan PKR perlulah memilih dan menilai calun2 yang akan diketengahkan sebagai calun dimasa dan waktu yang ada ini. PKR perlu menebas semua semak2 dan belukar yang ada agar rakyat yang menaruh harapan tinggi kepada PR tidak hampa dan menyesal untuk memilih sekali lagi. Memang Rakyat mengharapkan DSAI menjadi Perdana Menteri agar segala ketidak adilan dapat diatasi dan mengubah negara kearah yang lebih baik. Itulah harapan rakyat sebenarnya. DSAI perlu betegas dan tiada kompromi dalam soal ini. Saya terkesan juga dengan tulisan Raja Petra dalam Malaysia Today dalam artikel terbaru beliau. Negara Malaysia ini kaya dengan hasil minyak dan hasil dari bumi. Rakyat mahukan sumber ini digunakan sepenuhnya untuk kebaikan rakyat. Malaysia tida kemarau teruk dan gempa bumi.Jadi tiada alasan unuk dikecapi nikmat dan rahmat ini bersama. Bagi MP diatas lupakan lah kerja2 busuk melompat parti. Teruskan kerja membela rakyat dengan sebenar benarnya. Jangan lah berlakun tulus mulus tapi tak turun kelapangan. Ingatlah kamu ada ikon yang menjadi perhatian rakyat. Kalau kamu berperangai begini elokbenarlah kamu digelarkan MP sepenggal. Kalau DSAI memilih juga kamu bermakna Zalim lah DSAI itu sendiri. Zalim kepada Rakyat........Berkata benarlah walaupun pahit..............

NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN


Jin Brabus

HARTA KARUN TIMBUL DIPERMATANG PAUH







Pagi ini dua orang warga Pas Bandar Laguna turut serta dalam pertandingan mencari harta karun yang dianjurkan oleh Lujnah Penerangan Pas Kawasan Permatang Pauh. Hampa tengok elok-elok gambar depa 2 orang ni. Gerenti hampa kenai punya.

Apa harta karun yang depa dapat hampa kana tanya depa sendiri.

Khamis, Januari 28, 2010

Proton WAJA murahnye...


1 MALAYSIA SENTIASA DITIPU...
Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi?Apa istimewanya orang Arab?

Kata ”Rakyat didahulukan”…..Kenapa orang Arab lebih diutamakan?

Haaaa…..Jawapannya ialah…..Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu …..Hahaha

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100

Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600

Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje

Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje

Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje


1 Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk 1 Waja di Msia! RM31,126.97 lebih MAHAL!


Malaysia Government suppose to protect their people instead of cheating their hard earnings..!!

MP kulim : TEMBELANGNYA TELAH PECAH ! ! ! !

Assalammualaikum...

Sebagai orang Kulim Bandar Baharu rasa terpanggil juga untuk menulis mengenai MP Kulim BB sekoq ni apabila tidak tahan lagi melihat tingkah laku dan kenyataan2 yang menyakitkan hati rakyat terutamanya penyokong pakatan Rakyat. Rasa marah,benci yang meruap ruap dikalangan pemimpin Pas dan PKR di Kulim BB dah tak tertanggung lagi rasanya. Bukan setakat seminggu dua ini tetapi sejak bermulanya PRU yang ke 12 lalu. Apabila disahkan sahaja mendapat pencalunan untuk bertanding dari PKR pusat dengan penerimaan tauliah menjadi calun maka mulalah membuat onar dan duri dan menunjukkan wajah sebenar yang kononnya seorang pejuang Islam sejati. Makian dan sumpah seranah serta carut mencarut tak lekang dari mulut seorang ustaz yang dianggap zuhud pada mulanya. Kalaulah kata2 itu keluar dimulut budak2 dah lama kena makan penampar. Dana pilihanraya yang diberi kepadanya oleh PKR pusat dah habis sebaik mendapat jadi calun katanya sehinggakan duit membeli borang pencalonan dari SPR sebanyak RM25 pun tak dibayar balik kepada orang yang membelikannya. Duit ringgit dalam tempoh berkempen semuanya di keluarkan sendiri oleh pimpinan dan penyokong pakatan rakyat di Kulim sendiri. Kalau minta padanya bukan nak diberi tapi kata2 yang tidak enak didengar telinga yang akan diperolehi darinya. Padahal banyak duit derma dari seluruh Malaysia yang didermakan untuk kemenangan beliau tapi heranya kemana duit tersebut hilang hanya beliau yang tahukannya sampai ada yang telah mendermakan dari duit zakat yang tidak menghalalkannya setelah mengetahui belang sebenar beliau. Ada juga hamba Allah yang mendermakan sebiji rumah untuk beliau semasa PRU dulu untuk penginapan dan dijadikan markas strategi beliau dan seterusnya dijadikan istana hinggap sehingga habisnya PRU dan tidak diselenggara dengan baik.jadi kotor dan tuan rumah pula dijadikan seperti hamba mencuci kekotoran dan sampah yang beliau buat sehinggakan tuan rumah terpaksa menukar kunci apabila tidak tahan lagi menjadi amahnya setiapkali beliau turun ke Kulim. Akhirnya beliau datang sekali sekala dan berpejabat didalam bas ekspress. Mai pagi balik petang dan masalah orang Kulim BB hampa selesailah sendiri. Buka pusat khidmat parlimen tak dibayarnya sewa dan duit ubahsuai pejabat maka tuan kedai terpaksalah menutupnya dan si MP Kulim BB ni pun bukalah pejabat khidmat Parlimennya di Kuala Lumpur apa berita melalui blackberrynya. Nak tau yang tulus mulus baca diblognya.HAPRAK!!

Sebenarnya kesah2 ini telah saya tulis dulu dalam tajuk MENANTI TEMBELANG MP KULIM BB PECAH. Begitu juga dengan penulis lain di Kulim seperti MIE ITIK dan MAMAT. Membongkar ke bobrokkan MP Kulim ni yang dianggap seorang pembela Islam sejati oleh orang2 yang tak mengenali beliau secara rapat. Tetapi di mutakhir ini sedikit demi sedikit tembelangnya telah mulai pecah dan baunya telah menusuk dihidung rakyat malaysia yang cintakan keadilan. Pembongkaran kami mulanya disangkal dan tidak diendahkan oleh ramai pihak termasuk pimpinan PKR sendiri tapi akhirnya kebenaran telah timbul. Maka dimakbulkan lah doa orang2 yang telah diinaya dulu. Saya malaslah nak bercerita lagi tentang duit ringgit samaada yang diperolehi dari PKR pusat, dari Kerajaan Negeri dan dari sumbangan orang ramai. Jadi pembaca fikirlah sendiri samaada duit itu sampai ke gulungan sasaran atau ke Rakyat jika MP Kulim ni berperangai begini, kalau tanya seorang pemimpin tempatan iaitu Ketua Penerangan PAS Kulim beliau akan mengatakan bahawa Zul Noordin ni belum buka mulut lagi dia dah tau MP Kulim ni nak berbohong......sampai tara tu..jadi bhai fikirkanlah sendiri. Harapkan kepiah dikepala, mungkin nyorokkan sesuatu yang tak ada diatas rasanya. Nak cerita panjang dah banyak laman2 blog juga dah membongkarkan kebusukan dan kecelaruan yang dilalkukan oleh Uztaz kedekut macam taik hidung masin nie.....ngeeee. Baca di Blog From Perak with Love. pendekar gunung Keriang, W, Fauzdin. Greenboc semua nya membongkar kisah2 busuk yang dibuatnya. Hanya blog kickdefella aje yang mempertahankanya. Itu pun budak tu dok di Kelantan tak mengenalinya secara dekat dan juga bermasaalah disana. Ramalan saya mungkin perjanjian si Zul ni degan Najib dan UBN ni telah sampai masa atau mungkin surat tanpa tarikhnya telah cukup tempoh. Maka selain dari perjanjian mengabaikan parlimen sendiri serta waktu untuk melompat dah pun sampai. Jadi salah satu caranya untuk tidak menjatuhkan maruahnya maka biarkanlah dirinya dipecat agar tidak nampak sangat ketara kebobrokkannya. PKR membiarkannya lagi maka lagi dasyatlah statment yang akan dibuatnya. Terakhir ini beliau menyatakan Pakatan Rakyat seperti melancarkan revolosi seperti meminda perlembagaan negara. Jadi peninglah SUA PKR Baru Sdr. Saiffudin menafikannya. Baru nak fikirkan memperkasakan PKR terpaksa memikirkan mangkuk sekoq ni...Apa punya tuuuur.. Begitulah onak dan duri yang akan dilakukannya. Jadi tunggu apa lagi PKR...takkan nak tunggu rakyat pula menjatuhkan PKR!!!!!!!!. Penyokong dan Pendokong Pakatan Rakyat akan bersetuju dengan cadangan ini. Biar nampak zalim pada seorang dari menzalimi puluhan ribu rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat di Kulim Bandar Baharu. Lagi pun ramai pemimpin Ameno dah memperlawa beliau. Apa nak dikesahkan......

Beginilah nasib Pakatan Rakyat tak habis dugaan yang ditempohinya. Adat Perjuangan yang baik selalunya menempuh duri dan ranjau. Tekanan diterima hari kehari dan silih berganti. Ditepis rempuhan dari UBN tapi membisul dibadan sendiri, Pemimpin yang rakyat harapkan menikam sesama sendiri. Dalam waktu kesmpatan yang ada DSAI perlulah melakukan sesuatu yang drastik. Jangan dibiar barah membusuk dibadan sendiri. Buang dan Pecat kudis2 yang melekat dibadan PKR dan Tuan Guru Hj. Hadi perlu mambuang bisul di badan2 PAS. Jangan sampai biarkan sekelunit kulat tumbuh diserban PAS. Jadikan ianya satu perbedaan antara Pakatan Rakyat dan UBN. Rakyat ada mata dan menjadi hakim negara. Kalau biarkan maka rakyat akan menghukun Pakatan Rakyat,,,,maka hancur dan punahlah jalan ke PUTRAJAYA...!!!! Percayalah setelah teruk Selangor dihentam dan diduga dari setiap penjuru maka akan tiba saatnya KEDAH pula selepas ini........Perancangan UBN tak akan padam cuma masa yang akan menentukannya. Maka bersiap sedialah wahai Pemimpin Pakatan Rakyat Kedah!!!!....


Wallahhualam.


NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN


Jin Brabus

Selasa, Januari 26, 2010

9 sebab hati tak bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Jadi, kesimpulannya yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya.. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam

Hati-hati makan kek ni...


"Mbekkkk ... !", kata Kambing

"Nko curi enjin ye?", tanya Leman.
"Mbekkkk .... " bunyi kambing.
"Hoi ... Leman .... Nko cakap dengan kambing ke?", tanya Tok Moh.
"Enjin bot sangkut aku hilang .... ", jelas Leman.

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dankemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satuperintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segeramemerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kaliselepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluarmasuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinyadari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akanmemudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya jugaakan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap harisebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruhsehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia darisegala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanyasebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,
InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullahs. a. w. bersabda bermaksud:"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allahhilangkan segala kefakiran di depan matanya."Sabda baginda lagi;"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanyadaripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipeliharaAllah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramaldengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindunganAllah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. AyatKursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasukirumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatanketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika andaberpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itueloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan andasekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapamembaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyangFardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yanglain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidakmenegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapamembacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atasrumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapamembaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allahmenganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yangbenar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapamembaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakanbaginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allahazza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah sepertiorang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allahberkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,Rasullullah s. a. w. bersabda," SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Dua Senjata Terbesar Dalam Khutbah Terakhir Rasulullah



Rasullullah s.a.w telah meninggalkan dua perkara yang teramat penting kepada kita,di mana dengan berpegangkan dua perkara ini,maka kita tidak perlu risau atau merasa takut lagi kerana ia akan menjadi benteng sekaligus senjata yang amat ampuh melawan syaitan-syaitan manusia dan syaitan-syaitan jin. Dua Senjata Utama umat Islam ini terkandung di dalam Khutbah Terakhir Rasullullah s.a.w,kepada umat Islam inilah harta pusaka yang tidak ternilai harganya ditinggalkan oleh Rasullullah kepada kita.Hayati,sebar-sebarkan dan ambil peringatan daripadanya.-
KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W : KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH
DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Tiada titik pertemuan


Maksud: 'Dan tidaklah sama gelap-gelita dgn cahaya yang terang benderang.'
FATIR: 20

Assalamu'alaikum wrm.

Asy-Syahid Syed Qutb ada menyatakan:

"Orang-orang yg beriman pada 'alam akhirat dan orang-orang yg engkarkan akhirat tidak mempunyai titik-titik persamaan dari segi perasaan, akhlak, kelakuan dan amalannya. Mereka merupakan 2 golongan yg berbeza. Mereka tidak bertemu di bumi dan tidak bertemu di akhirat. Inilah persimpangan jalan."

Memang berlaku perbezaan di antara org beriman dan kufur.

Dari segi perasaan, org beriman memiliki sifat IHSAN, iaitu menyedari sepenuh hati bahawa ALLAH sentiasa melihat dan memerhatikannya. Inilah hasil dpd latihan berpuasa yg mereka jalani di siang hari di Bulan Ramadhan. Tidak makan dan minum walaupun seorang diri di lautan yg luas.

Hasil yg terbit dan terbentuk nanti ialah sifat-sifat yg positif, sifat-sifat yg cemerlang, yg akan membahagiakan org-org di sekelilingnya. Selamat org lain dari lidah dan tangannya (mafhum hadith).

Manakala si kufur pula, mengetahui kewujudan ALLAH, tetapi tidak meyakiniNya.

Bagi mereka, ALLAH hanya di lidah, tetapi tidak di hati dan kehidupan mereka.

Terbitlah sifat-sifat yg negatif, yg merosakkan diri dan masyarakat.

Yg anehnya, mereka rasa mereka bukan makhluk perosak.

Mereka dabik dada.

Kata mereka, kami pembela bangsa.

Kami pembela ugama. Jangan main-main dgn perjuangan kami!

Perjuangan kami suci lagi menyucikan, sama taraf dgn air mutlak.

Walhal, mereka lebih busuk dari sekandang khinzir!


Isnin, Januari 25, 2010

Apa matlamat ANDa !!!!!!!

Tepok dada,tanya iman anda.mana letak perjuangan anda sekarang.....? Marilah kita semua bulat kan hati bersama kepimpinan utk menerusi ranjau politk di Malasia ini

Polis Ancam Anwar berceramah

Siri ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Kerinci malam tadi kecoh ekoran polis bertindak menaiki pentas untuk memberhentikan ceramah tersebut.Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bersama-sama beberapa anggotanya bertindak menaiki pentas ceramah itu di Blok L Flat PKNS Kampung Kerinci meminta ketua pembangkang itu berhenti menyampaikan ceramah.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.35 malam, selepas setengah jam Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh memulakan ceramahnya.Kejadian tersebut disaksikan kira-kira 500 hadirin yang hadir di situ sejak jam 8.30 malam.Ketika itu Anwar sedang mengulas mengenai pertuduhan liwat terhadapnya serta usaha beliau mendedahkan isu-isu antaranya seperti pembelian kapal selam, kematian Teoh Beng Hock dan kehilangan enjin Jet."Sebab itulah tema ceramah saya bulan ini adalah 'Selamatkan Malaysia'," katanya.
Tiba-tiba beliau terdengar teriakan daripada hadirin "Polis datang", lantas Anwar yang menyedari kehadiran polis berkata: "Tak apa, tak apa serahkan saya."Selepas itu kelihatan Wan Abdul Bari bersama beberapa anggotanya menaiki pentas meminta Anwar menghentikan ceramahnya menyebabkan para penyokong dan pengawal peribadinya mengerumumi beliau.Kedengaran juga teriakan daripada hadirin dan penyokong membantah tindakan polis itu.Keadaan menjadi lebih tegang apabila Anwar cuba untuk mengakhiri ceramah dengan bacaan doa tetapi tidak dibenarkan oleh polis.
Selepas itu kelihatan Anwar bertegang urat Wan Abdul Bari. Namun tidak dapat dipastikan apa yang diperselisihkan pada waktu tersebut.Kekecohan itu berlaku selama 10 minit di atas pentas tersebut.Ekoran itu, majlis tersebut terpaksa dihentikan dan para penyokongnya membawa ketua pembangkang itu ke dalam sebuah rumah yang terletak bersebelahan dengan pentas tersebut.Kemudiannya para penyokong Pakatan Rakyat pula berteriak dengan menyuruh pihak polis yang masih berada di pentas supaya beredar dari situ.Pihak urusetia juga bertindak menutup lampu dipentas tersebut, menyebabkan para penyokong bersorak dan melaungkan 'Reformasi' kepada beberapa kali kepada anggota polis yang masih berada di atas pentas.
Sementara itu Wan Abdul Bari ketika ditemui pemberita selepas kejadian tersebut berkata pihaknya terpaksa memberhentikan ceramah tersebut kerana "ucapannya tidak selaras dengan program mesra rakyat"."Ia adalah program perjumpaan dengan rakyat. Pada peringkat awalnya, okay, tetapi bila beliau (Anwar) hadir, ucapan-ucapannya lebih berunsurkan politik yang tidak selaras dengan program mesra rakyat, jadi kita terpaksa memberhentikannya," katanya.
Sementara itu ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut berceramah ditemui pemberita mengecam tindakan polis naik ke atas pentas.Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata tindakan polis itu pentas adalah "tidak wajar".Ini kerana katanya tindakan itu "tidak menampakkan profesionalisme" dan "mengundang keadaan yang lebih kecoh".Bagaimanapun beliau tidak mengetahui apa yang diperselisihkan oleh Anwar dan Wan Abdul Bari kerana pada waktu itu beliau berada jauh dari pentas sewaktu dikerumuni oleh para penyokong bekas timbalan perdana menteri itu.Manakala ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut mengecam polis tindakan polis tersebut.Nurul Izzah yang juga anak sulung ketua pembangkang itu berkata polis harus menunjukkan profesionalisme mereka, lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai.
Beliau juga menjelaskan pihak urusetia juga memohon permit untuk mengadakan ceramah tersebut tetapi tidak diberikan.Beliau juga berkata urusetia turut memohon dewan berdekatan dengan flat tersebut tetapi tidak dibenarkan untuk menggunakannya.Sebelum itu, sepanjang pemerhatian Malaysiakini, terdapat dua sekatan polis diadakan sebelum majlis ceramah itu bermula.
Sekatan yang pertama dari arah Universiti Malaya (UM) menuju ke tempat ceramah tersebut iaitu betul-betul di hadapan Pangsapuri Vista Angkasa,Sekatan itu dibuat kira-kira 50 meter dari tempat ceramah itu diadakan, manakala satu lagi sekatan dibuat dari arah Pantai Dalam, kira-kira 400 meter dari tempat ceramah itu diadakan.Lebih 30 anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kelihatan di tempat ceramah tersebut

TU DIA PONTIANAK DAH MENGAMOK KAT TERANGGANU


I

KUALA TERENGGANU: Cerita mengenai pontianak mengamuk dan berkeliaran di sebuah kampung di Kuala Ibai sehingga mencetuskan satu fenomena seram memaksa kerajaan negeri campurtangan dengan berkata pembangunan negeri itu akan terbantut sekiranya rakyat asyik bercakap mengenai hantu.

Timbalan Pengerusi Penerangan dan Agama Negeri, Muhammad Ramli Nuh ketika berkata demikian menegaskan, kepercayaan karut seperti itu tidak akan membawa rakyat Terengganu ke hadapan.

Katanya, ia juga akan menjejaskan hasrat dan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan minda dan pemikiran rakyat ke arah kecemerlangan dan kejayaan.

"Kalau iya sekali pun pontianak tu wujud, biarkanlah dia berkeliaran dan tumpukan perhatian kepada pembangunan diri, minda dan negeri," tegas beliau.

Malah menurut beliau, mereka yang menyebarkan cerita pontianak mengamuk ini sebenarnya tidak ada kerja lain yang hendak dibuat dan patut mendaftarkan diri mereka dalam kelas-kelas agama atau menjalankan kerja-kerja yang lebih berfaedah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian seram yang dikatakan melanda seluruh masyarakat Kampung Tok Adis dekat sini minggu lalu yang gempar dengan cakap-cakap kehadiran pontianak pada waktu malam.

Para penduduk kampung berkenaan mendakwa kehidupan mereka telah terganggu oleh kehadiran pontianak sejak majlis gotong royong membersihkan kubur dilakukan, Isnin lalu.

Khabar angin mengenai kehadiran pontianak di kampung itu telah menjejaskan aktiviti harian masyarakat malah berita mengenainya telah tersebar ke seluruh negeri. ends

Ahad, Januari 24, 2010

PANDUAN UNTUK WANITA

(Klik pada gambar untuk besarkan)
Untuk dijadikan panduan kepada golongan wanita..Opps..Bukan untuk wanita sahaja, untuk golongan lelaki juga supaya tak dapat dosa free. Check almari baju isteri/anak anda. Kalau ada yang lebih kurang dengan gambar diatas, angkut bawak pi lelong kat pasar malam Laguna.

Gelaran TUN......ditarik balik kah?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak kisah jika ada pihak yang mahu gelaran 'Tun' beliau ditarik balik ekoran pendedahannya mengenai 700 lori berisi pasir dijual ke Singapura setiap hari baru-baru ini.
Menurutnya, beliau membincangkan isu penjualan pasir ke negara republik itu dalam blognya baru-baru ini kerana tiada pihak lain yang berani mempersoalkan kegiatan tersebut.''Menteri (Kerja Raya) kata 500 lori (pasir) ke Singapura setiap hari, ada yang kata 700 tetapi tiada siapa pun yang komen apa-apa, macam semua setuju sahaja.''Jadi, kalau saya tidak tarik perhatian kepada perkara macam ini, tidak ada siapa yang akan tarik perhatian, takut tak dapat (gelaran) datuk," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan buku Civilizations, Nomadic Migrations, Empires and The Trail of Islam tulisan Datuk Syed Salem Albukhary di sini hari ini.
Dr. Mahathir diminta mengulas mengenai aktiviti penjualan pasir ke Singapura dari negara ini yang didakwa beliau sebanyak 700 lori setiap hari melalui blognya baru-baru ini berdasarkan maklumat seorang rakannya.Jumlah kemasukan lori pasir ke Singapura dari Johor menjadi persoalan apabila Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor meletakkan angka 500 lori sehari sebagai menjawab angka 700 lori yang ditimbulkan Dr. Mahathir.
Pada masa sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, statistik Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri dari 1 Januari hingga Selasa lalu menunjukkan hanya 149 lori membawa pasir silika ke Singapura atau kurang daripada 20 lori setiap hari.Dr. Mahathir bagaimanapun berpuas hati dengan tindakan pantas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melakukan 38 tangkapan sejak beberapa hari lalu berhubung dakwaan melakukan penyeludupan pasir ke luar negara.
Dalam perkembangan lain, bekas Perdana Menteri itu menolak dakwaan bahawa pelaburan langsung asing (FDI) negara boleh berkurangan ekoran kritikannya terhadap perancangan Amerika Syarikat (AS) dalam insiden 11 September 2001 di New York.''Sewaktu saya menjadi Perdana Menteri dulu, saya juga mengutuk AS, Yahudi dan saya juga dipanggil anti-Semantik tetapi FDI tetap masuk,'' tegasnya.Rabu lalu, Dr. Mahathir dalam satu ucapan mendakwa terdapat bukti kukuh menunjukkan tragedi 11 September yang mengorbankan kira-kira 3,000 nyawa itu sebenarnya dirancang sebagai alasan menyerang dunia Islam.
Nota Kaki: Tun teruskan usaha murni mu,tebus balik jika ada kesilapan lalu

SIAPA NAK LAWAN..SILAKAN...

Lihatlah kekuasaan Allah menerusi gambar-gambar dibawah. Gambar yang diambil dilokasi yang sama tetapi dimusim yang berbeza. Inilah kehebatan dan kekuasaan Allah. Kalau ada sapa-sapa yang berani atau teringin nak lawan kekuasaan Allah silakan...Dan kepada mereka-mereka yang dok lawan hukum Allah la ni tunjukkanlah kekuasaan anda kalau rasa dah terror sangat....Piiraahhh!!










Semoga Cepat sembuh......

Pas laguna telah pergi menziarah Cikgu Azmi pada 17/1/2010 di Hospital Sg Petani (HSAH)yang mengalami Demam Kuning.
sahabat usrah turut melawat bagi mengerat silaturahim & meringankan penderitaan penyakit yang dihadapi oleh cikgu Azmi.
Pas Laguna mendoakan supaya Cikgu Azmi cepat sembuh dan sihat untuk menjalani activiti harian.

Sabtu, Januari 23, 2010

99 JALAN KESYUGA




Gambar Hiasan



1. Bersyukur apabila mendapat sebarang nikmat;

2. Sabar apabila mendapat sebarang kesulitan;

3. Tawakkal apabila mempunyai sebarang rancangan;

4. Ikhlaskan diri dalam segala amal perbuatan;

5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

8. Jangan hasad dengan kekayaan orang;

9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang lain;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu mengejar sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur kerana kezaliman;

14. Jangan rasa tergugat kerana fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;

16. Jangan menambahkan harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu’;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25. Biasakan solat malam;

26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah secara berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;

33. Berlatihlah menumpukan fikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Sentiasa perhatikan kebesaran Allah pada alam persekitaran;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Hubungkanlah silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Berbicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;

52. Sediakan waktu untuk bersama keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bersalawat kepada Nabi SAW;

56. Cintai keluarga (Ahlul Bait) Nabi SAW;

57. Jangan terlalu banyak berhutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti kata-kata yang sia-sia;

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah berkemampuan;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan;

66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang kesulitan;

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berdusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;

78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk menilai semula apa-apa yang sudah dilakukan;

80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;

82. Kenalpasti kekurangan diri dan kenalpasti pula kelebihan orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85. Hargai prestasi dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun kadangkala tidak menyenangkan;

88. Sediakan waktu untuk riadah yang sesuai dengan norma-norma agama dan keadaan diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91. Lupakanlah kesalahan orang dan lupakanlah jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang menyebabkan orang lain merasa terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita tidak baik tentang sahabat kita sebelum dipastikan kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dengan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merosakkan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang lain dan jangan kaya dengan memiskinkan orang lain.

Jumaat, Januari 22, 2010

DENDA DIA NI DULU



Sembilan kesalahan trafik denda maksimum RM300
Jan 22, 10 9:38am

Kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memakai topi keledar adalah antara sembilan kesalahan serius yang akan dikenakan denda maksimum RM300 dalam Ops Bersepadu sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bermula dari 8 hingga 22 Feb ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata dua kesalahan itu dikenal pasti sebagai penyebab kepada kecederaan serius yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan maut.

"Tujuh kesalahan serius lain terdiri daripada memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan, memandu secara berbahaya dan membawa muatan lebih had," katanya semasa melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2010 di Plaza Tol Sungai Besi semalam.

Beliau berkata sembilan kesalahan itu dikenal pasti oleh satu 'mini lab' penguatkuasaan yang diadakan baru-baru ini anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).

"Ini sebagai satu amaran awal kepada orang ramai sebab biasanya bila seseorang itu didapati sabit kesalahan di sisi undang-undang trafik, ada yang kata dia tak tahu langsung tentang kesalahan yang dilakukan.

"Jadi, saya di sini nak pesan supaya semua mesti tahu sembilan kesalahan serius yang dikenal pasti," katanya.

Sementara itu kempen bersepadu yang bertemakan 'Buckle Up, It Is The Law' dianjurkan hari ini bertujuan memastikan pengguna jalan raya memandu dengan berhati-hati dan sentiasa memakai tali pinggang keledar semasa memandu, terutama pada musim perayaan.

Walaupun undang-undang mengenai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang dikuatkuasakan setahun yang lepas, rakyat dilihat masih perlu diingatkan secara berterusan supaya memakai tali keledar itu demi keselamatan mereka.

Sehingga kini, hampir 300 kematian dicatatkan akibat kecuaian pengguna kenderaan tidak memakai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang.

- Bernama

Siapa Lelaki Bakal Ahli Neraka ?.


Perempuan merupakan penyumbang yang paling besar menyebabkan lelaki masuk ke dalam Neraka Allah, Banyak lelaki yang terjebak ke dalam maksiat kerana perhiasan wanita, terutama pada zaman sekarang terlalu ramai perempuan yang mendedahkan aurat mereka sehingga menyebabkan berlakunya maksiat dan sebagainya. Perempuan yang tidak mempunyai kesedaran agama adalah diibaratkan sepertimana anak panah syaitan yang sentiasa memanah lelaki-lelaki sehingga berlakunya perkara maksiat. Contohnya di sebuah kedai kereta itu mempunyai gadis seksi, mesti ramai lelaki yang akan mengunjungi kedai keretanya bukan kerana mahu membeli kereta, tetapi nak tengok perempuan seksi. Firman Allah yang bermaksud “Jangan hampiri zina”. Frman Allah yang bermaksud lagi : "Hai anak adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka, dimana bahan pembakaranya ialah manusia dan batu-batu ... "

Terdapat empat golongan lelaki yang ditarik ke Neraka disebabkan wanita, sepertimana di bawah ini :

Ayah, Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Suami, Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Abang, Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam.... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Anak Lelaki, Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya.


Empat golongan inilah yang akan masuk ke neraka Allah disebabkan oleh wanita, mari bermuhasabah diri masing-masing, adakah kita tergolong dalam golongan ini, kalau tergolong marihlah bertubat, beristiqfar dan cepat-cepat memohon ampun kepada Allah akan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan.

Khamis, Januari 21, 2010

TAKZIAH KEPADA SDR.YUSOF AHMAD SEKELUARGA

Warga Pas Bandar Laguna mengucapkan takziah kepada Sdr Yusof b Ahmad sekeluarga atas pemergian ayahnda tercinta pada petang semalam dan telah dikebumikan pagi ini dikampong beliau diLenggong.Bersabarlah menghadapi dugaan ini.

Beberapa orang sahabat termasok Ketua Cawangan serta Ust Halim Nasir sempat menziarahi jenazah ayahnda beliau diLenggong malam tadi.

Sama-samalah kita menghadiahkan AlFatihah semoga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang Solihin.

Selasa, Januari 19, 2010

2010 TAHUN UNTUK MENYERANG UMNO-BN,BUKAN PAS


Sinar 2010 sewajarnya dimanfaatkan oleh rakan-rakan semua khususnya jentera dan pengerak PAS diseluruh dunia.Sedikit harapan dari saya. Semoga tahun 2010 dijadikan medan untuk menyerang Umno, membongkar segala kedurjanaan yang mereka lakukan dan berdakwah kepada saki baki ahli Umno yang mahu bersama Islam.

Diharapkan tahun 2010 tidak dijadikan medan untuk ahli dan rakan-rakan blogger menyerang kepimpinan hingga memberikan ruang luas kepada musuh menyerang dan memasuki kota kepercayaan kita.


PAS tidak pernah menutup pintu teguran dari ahli dan juga para penyokong. Tapi diharapkan semua teguran itu dibuat secara beradab dan melalui saluran yang betul.

Kita tidak boleh berpuashati dengan apa yang ada, maka kita tetap berharap agar ahli dan penyokong memberikan ransangan dan teguran yang membina bukan mencipta persepsi yang akhirnya merugikan parti.

Membongkar kelemahan parti adalah sesuatu yang dituntut dalam membina kekuatan dalaman. Tetapi kalau pembongkaran itu dibuat dihadapan musuh, itu bermakna bunuh diri.

Sesama pimpinan juga harus bijak memainkan peranan politik mereka dan tidak menjadikan media dan kenyataan-kenyataan terbuka untuk memerangkap pimpinan lainnya.

Acap kali ahli menjadi bingung bila melihat kepimpinan saling berbeza pandangan dan membuat kenyataan-kenyataan yang memberikan beban kepada kepimpinan lain menyelesaikannya.

Kebijakkan politik menuntut PAS mempamerkan budaya kerja politik yang lebih profesional yang bukan sekadar mengulas tetapi menganalisis serta menyelesaikan permasalahan yang ada.

Seterusnya, PAS harus memperkukuhan sumbangan dalam Pakatan rakyat dan menjadi pemimpin kepada kebangkitan rakyat dalam membenamkan Barisan Nasional.

Jadikan tempat-tempat yang sudah dimenangi PAS sebagai kubu-kubu kuat dan pastikan asakkan berterusan dikubu-kubu BN diteruskan tanpa henti.

Akhirnya, kita harus memahami matlamat dan dasar parti sebenar-benarnya agar ia menjadi panduan kekal untuk kita terus mara ke hadapan. Kenali musuh kita yang sebenarnya. Serang dan kerjakan mereka dengan penuh keimanan bukan kerana nafsu atau dendam kesumat.

Kerana akhir tujuan dan matlamat kita adalah keredhaan Allah, bukannya keredhaan manusia

Um NoTerdesak... lancar Juara Rakyart

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa Umno kini dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat sehingga terpaksa mengadakan Program Juara Rakyat.Beliau berkata, usaha Umno membuka kaunter daftar pemilih dan keanggotaan Umno pada setiap siri program Juara rakyat di seluruh negara adalah kerana mereka menyedari kemerosotan sokongan rakyat khususnya generasi muda terhadap parti itu."Juara Rakyat ini menunjukkan usaha terdesak Umno yang sedang dalam keadaan kritikal dari segi sokongan pengundi khususnya generasi muda," katanya ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut mendakwa Umno juga telah menyalahgunakan peruntukan kerajaan untuk menjayakan program tersebut."Juara Rakyat ini lebih kepada usaha mengambil kesempatan ke atas dana kerajaan untuk kukuhkan kedudukan Umno.Semalam, Ketua Penerangan Umno,Datuk Ahmad Maslan berkata, usaha membuka daftra pemilih itu pada setiap siri Juara Rakyat itu adalah bagi membolehkan lebih ramai yang belum lagi mendaftar keanggotaan Umno dan pemilih dapat mendaftar segera, dan dapat menunaikan hak mereka sebagai pengundi.
Tuan Ibrahim berharap agar PAS memandang serius mengenai gerakan daftar pemilih terutamanya di kalangan anak-anak ahli dan penyokong parti bagi mengelakkan Umno mengambil kesempatan terhadap mereka."PAS perlu bersungguh-sungguh dalam isu daftar ahli dan pemilih ini kerana semua parti sedang berusaha menarik rakyat supaya mendaftar parti masing-masing."Pejabat Agung PAS juga mengambil inisiatif menggerakkan kempen keahlian an daftar pemilih ini," katanya.Beliau turut mendakwa Umno sedang dalam proses memulihkan imej parti itu melalui program Juara Rakyat setelah terpalit dengan pelbagai isu yang menghakis kepercayaan rakayt terhadap mereka."Kita lihat program ini lebih banyak kepada usaha membaik pulih imej Umno.Tapi pada waktu yang sama rakyat melihat isu yang lebih besar yang sepatutnya ditangani oleh pemimpin Umno belum selesai."Sebagai contoh kos hidup rakyat yang semakin meningkat, rasuah yang berleluasa, kehilangan jet dan kes Menteri Besar Perak yang belum selesai,"ujarnya.

Jumaat, Januari 15, 2010


PEROKOK SEBENARNYA ADALAH GOLONGAN KAYA..??

"Dia kata dia miskin, dia tiada apa-apa. Tapi kalau boleh beli rokok, maksudnya golongan ini adalah mereka yang berkemampuan" (termasuk dalam golongan orang-orang kaya).

Golongan inilah yang dicadangkan supaya kerajaan mengkaji semula samada mereka ini layak terima apa-apa bantuan dari kerajaan kerana mereka mampu membeli rokok walaupun harga minimum rokok ditetapkan kepada RM6.40 bagi 20 batang atau dikira pada harga 32 sen bagi sebatang.

Ini bermakna golongan perokok ini mampu menyara rokok mereka sehingga RM2000 sebulan, iaitu melebehi kelayakan kategori 'MISKIN' yang kerajaan tetapkan iaitu kurang RM1000 sebulan sekeluarga.

Tabiat tidak merokok adalah cadangan paling tepat sebagai prasyarat untuk belia dan pelajar yang memohon bantuan kerajaan atau lain-lain program seperti Perumahan Rakyat Termiskin atau bantuan lain daripada pemohon yang mampu melanggan stesen televisyen berbayar atau menghisap rokok juga perlu dipertimbangkan sebelum diluluskan.

Selasa, Januari 12, 2010

macamana dgn LOGO nie ?!...Jgn Lupa Tukar


Logo rasmi polis yang tertulis perkataan "Allah" dan "Muhammad" yang telah digunakan sejak sekian lama itu jelas sekali boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat. Apatah lagi "khalimah Allah" itu juga digunakan oleh anggota polis yang bukan beragama Islam. Bayangkan mereka membawa logo Allah tersebut ke gereja, tandas atau ke tempat-tempat maksiat ketika menjalankan tugas. Bukankah ini juga boleh dikira sebagai menghina Islam.
Malah, pihak polis juga boleh dikatakan menghina kerana dengan logo "Allah" pada "cap" yang mereka pakai dan diletakkan di atas kepala itu, terkadang mereka bertindak zalim dan ganas kepada umat Islam yang lain. Ini juga boleh dikatakan menghina Islam sebenarnya. Oleh itu, kita memohon supaya pihak yang berkenaan mengeluarkan fatwa tentang penggunaan "khalimah Allah" pada logo oleh anggota polis yang bukan beragama Islam ini. Jika benar mereka berjuang kerana mempertahankan Islam, mereka harus memastikan perkara ini tidak berlaku.
Namun, ia sudah berlaku sejak lama dulu. Kenapa kerajaan UMNO BN dan NGO yang terbabit tidak mempertikaikan perkara ini. Kenapa pula bila timbulnya isu khalimah Allah pada majalah Herald itu mereka bukan main lagi melatah. Walhal, kes itu sudah ditangguhkan. Kita juga mohon menteri yang menjaga agama iaitu Jamil Khir Baharom agar mengeluarkan kenyataan atas isu "logo polis" ini. Biarpun ia sudah lama berlaku, namun tidak ramai umat Islam menyedari dan menganggapnya perkara remeh temeh. Namun, sedarkah kita bahawa nama Allah itu telah dijaja ke sana sini, malah terkadang diletakkan di atas bangku, kerusi atau yang lebih rendah dari itu. Justeru itu, kita menantikan NGO terbabit untuk mengadakan demonstrasi bagi melarang penggunaan nama "Allah" pada logo pasukan polis jika mereka benar-benar tidak mahu Islam itu dihina. Jika tidak, maka ternyata isu ini hanyalah isu politik yang sengaja dimainkan bagi menunjukkan kononnya UMNO itu adalah "Juara Rakyat" dalam menangani kes seperti ini.
[Sekarang, barulah kita sedar bahawa mereka sebenarnya bermain dengan bayang-bayang sendiri perihal isu khalimah Allah ini sebenarnya. Malah, apa yang lebih menghairankan kita ialah mereka beriya-iya benar mempertahankan penggunaan khalimah Allah ini. Sebaliknya, puak-puak mereka tidak pun mempertahankan hukum Allah ditegakkan di muka bumi ini. Malah mereka pula yang menghalang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan dulu. Hingga ke hari ini, undang-undang sekular British masih terus dipertahankan.
Dalam kes Anwar misalnya, mereka tidak pula mempertahankan agar kes itu dibicarakan mengikut undang-undang syariah, sedangkan ia berkait rapat dengan hal ehwal Islam itu sendiri. Inilah dia bukti bahawa puak-puak ini hanya menggunakan agama "Islam Hadhari" semata-mata. Sebaliknya mereka lupa menggunakan agama itu secara keseluruhannya. Hanya ambil apa yang patut dan buat apa yang sepatutnya demi kepentingan politik mereka itu sejak sekian lamanya].

Sabtu, Januari 09, 2010

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan

Santai Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain.

Katanya:"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... .........


Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...... ............ ..... ...

Jumaat, Januari 08, 2010

Hari itu akan sampai jua

Salam.

Kehidupan org-org yg beriman memang tidak pernah lekang dan sunyi dari kebencian dan kemarahan golongan-golongan yg membenci kebenaran.

Sirah para Nabi dan Rasul a.h.m.s. menjadi bukti di atas segala-galanya.

Penat-lelah, cacian, fitnah, ancaman tindakan ganas penguasa kuku besi yg bimbangkan kedudukannya tergugat, menjadi penghias kpd perjalanan memartabatkan Dinullah.

Firman ALLAH SWT:
Maksudnya: 'Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika org-org kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menangkapmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu..................................'
AL-ANFAL: 30


FirmanNya lagi di dalam ayat yg lain:


Maksudnya: `Fir'aun berkata: ' Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yg lain dpdku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari org-org yg dipenjarakan.'
ASY-SYU'ARAA': 29

Cuma ada satu perkara yg melenyapkan segala kesusahan itu, iaitulah keyakinan kpd janji-janji ALLAH, dan yg diperlukan hanyalah sedikit kesabaran sementara berbaki nyawa di badan.

Hari itu akan sampai jua. Ketika inilah, org-org yg menentang Islam ini memperolehi penyesalan yg tidak boleh ditebus lagi, manakala pejuang kebenaran yg syahid di tali gantung, ditembak, diracun, dipukul dsb, tersenyum puas meraih janji-janji ALLAH - ZAT yg tidak pernah memungkiri janjiNya.

Inilah janjiNya:


Maksudnya: ' ALLAH berfirman: ' Inilah hari (kiamat) yg (pdnya) org-org yg benar (pd tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfa'at dari kebenaran mereka; mereka beroleh syurga-syurga yg mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. ALLAH redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia. Itulah kejayaan yg amat besar.'
AL-MAIDAH: 119

Semoga kita lah golongan itu.

Khamis, Januari 07, 2010

Kenapa Bukan Melayu sukar terima Islam.....

Perkataan "Islam" di Malaysia sudah menjadi sinonim dengan Melayu. Jadi isu yang melibatkan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam terus dikaitkan dengan persoalan "Melayu lawan bukan Melayu".Sebagai contoh, sudah menjadi amalan biasa di negara ini untuk pertubuhan dan NGO Islam berjuang untuk hak-hak seperti kuota dalam bidang ekonomi dan pendidikan kepada komuniti Islam seiring dengan pertubuhan dan NGO Cina, India, Orang Asli dan lain-lain yang berjuang untuk kuota masing-masing.
Akibatnya, perkataan Islam disalahtafsir sebagai suatu nama untuk sekumpulan atau serumpun manusia, dan bukan lagi suatu gambaran cara hidup untuk manusia seperti yang dinyatakan dalam al-Quran. Dalam erti kata lain, majoriti umat Islam sudah dijangkiti wabak yang melanda penganut Yahudi, iaitu merasakan diri mereka insan terpilih, termasuk dalam kelab atau "kumpulan orang beriman". Cuba bayangkan, segolongan manusia percaya bahawa Tuhan itu Allah, iaitu yang menciptakan langit dan bumi serta yang memberikan mereka rezeki.Tetapi mereka mempunyai kepercayaan yang songsang bahawa Allah itu mempunyai anak atau sebagainya di atas dunia ini.Tiba-tiba, kita berkata, "Tidak! Kamu tidak boleh mengaku Tuhan yang menciptakan alam ini Allah kerana kamu mempunyai kepercayaan lain yang salah tentang sifat Allah".Dalam dunia Islam sendiri, terdapat berpuluh-puluh juta orang Islam di Iran, Syria dan Lebanon yang percaya bahawa Saiyidina Ali itu bayangan Allah dan dicipta daripada cahaya Allah dan sebagainya. Golongan Yazidi, Druze dan Alwayiah di Timur Tengah mempunyai pelbagai pendustaan terhadap Allah yang sama teruknya dengan kepercayaan orang Kristian.
Lebih teruk lagi, sheikh-sheikh dan ketua agama mereka yang dimartabatkan status ini bukannya seorang nabi. Tidak pernah pula kita mendengar sebarang pihak, hatta golongan yang dianggap pelampau atau ekstrem agama termasuk al-Qaeda atau Hizb at-Tahrir atau lain-lain yang cuba melarang golongan minoriti ini menggunakan nama Allah. Jika benar sekalipun pihak gereja Katholik berniat untuk mengelirukan orang Melayu, saya ingin bertanya, bolehkah kita mempunyai undang-undang untuk melarang orang lain menggunakan nama Allah hanya kerana kita berpendapat mereka berniat untuk mengelirukan kita?Apakah ada asas untuk negara ini mempunyai undang-undang melarang orang lain menggunakan nama Allah kerana kita bimbang ia boleh mengelirukan kita? Saya rasa negara yang menggubal undang-undang kerana "takut ia boleh mengelirukan" adalah sebuah negara yang teruk dan sedang menuju keruntuhan kerana undang-undang hanya digubal berdasarkan prinsip keadilan.
Melarang gereja Katholik menggunakan perkataan Allah melanggar prinsip dalam agama Islam dan juga perlembagaan.Mungkin benar pihak gereja ingin mengembangkan pengaruh mereka di Malaysia, tetapi ia melanggar ajaran al-Quran dan juga melanggar perlembagaan untuk menyekat mereka menggunakan nama Allah sewaktu merujuk Tuhan.Saya berpendapat, definisi Melayu sebagai penganut Islam seperti yang dilakukan di Malaysia telah menjauhkan masyarakat bukan Islam daripada agama Islam.Kenapa agama lain seperti Kristian begitu senang diterima oleh orang Cina, India dan penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak berbanding Islam?Dalam sejarah Islam, kita melihat bagaimana penduduk di Afrika Utara dan tanah bekas jajahan Roman begitu ramai memeluk Islam selepas pemerintahan bertukar kepada orang Islam. Mereka tidak mempunyai masalah dengan panggilan nama Tuhan.Malah umat Islam pada zaman tersebut dianggap sebagai masyarakat bertamadun seperti dunia hari ini melihat negara Kesatuan Eropah dan sebagainya.Afrika Utara (Mesir dan Maghribi) dan juga negara seperti Lebanon, Syria, Jordan dan Palestin pada hari ini pada asalnya berpenduduk majoriti Kristian dan juga Yahudi.Apabila kekuasaan beralih kepada orang Islam, masyarakat mereka memeluk Islam tanpa sebarang paksaan. Minoriti Kristian dan Yahudi pada hari ini di negara-negara tersebut keturunan mereka yang hidup pada zaman sebelum kedatangan Islam.Kenapakah begitu sukar orang bukan Melayu di Malaysia menerima Islam? Kesukaran ini berlaku walaupun mereka akan mendapat faedah seperti dianggap bumiputera dan sebagainya.
Pada pandangan saya, masyarakat bukan Melayu tidak tertarik kepada Islam kerana mereka nampak ketidakadilan yang dilakukan oleh kita atas nama agama Islam. Kerana itulah orang Cina di Singapura lebih senang untuk didakwah kepada Islam berbanding orang Cina di Malaysia.Sebenarnya tamadun yang paling mesra dan tidak mempunyai masalah dengan Islam ialah tamadun China kerana faktor sejarah. Orang Islam ramai yang diberi jawatan tinggi dan diberi kepercayaan dalam sejarah kerajaan negara China.Malangnya, akibat isu perkauman yang ditimbulkan di negara kita, orang-orang Cina di Malaysia sudah mempunyai pandangan yang kurang tepat tentang ajaran Islam. Saya percaya, melarang orang bukan Islam menggunakan nama Allah akan menjauhkan lagi mereka daripada Islam.Tidak adil dan bercanggah dengan prinsip keadilan untuk melarang mereka menggunakan nama Allah kerana "bimbang orang Melayu akan terkeliru".

Rabu, Januari 06, 2010

Kenyataan Presiden Pas Isu Pengunaan Kalimah ALLAH

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.
‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

YB Datuk Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Ahad, Januari 03, 2010

Jangan alpa


AT-TAUBAH: 24

Maksud: ' Katakanlah (Wahai Muhammad saw): ' Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami ) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yg kamu usahakan, dan perniagaan yg kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yg kamu sukai, - (jika semuanya itu ) menjadi perkara-perkara yg kamu cintai lebih dpd ALLAH dan RasulNya dan (dpd) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kpd org-org yg fasiq.'

Assalamu'alaikum wrm.

Lapan perkara yg tersbut di atas adalah perkara-perkara yg disukai oleh manusia.

Kesemuanya adalah cinta yg hadir di dalam diri manusia, samada ianya beriman atau tidak. Ianya adalah perasaan yg dicampak ALLAH ke dalam hati manusia.

Cuma ALLAH memberi amaran. Jangan sampai terlupa/terlalai untuk berjihad di jalan ALLAH SWT. Membela agama ini. Meletakkannya di tempat yg sepatutnya ia berada. Bersama dgn 'izzah dan kemuliaannya.

Kalau tidak, bersedialah menerima hukuman ALLAH.

Hukuman di dunia dan di akhirat.

Sabtu, Januari 02, 2010

Rasulullah SAW dan Saintis

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: " "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari

Huraian :Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.

Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.