Sinar 2010 sewajarnya dimanfaatkan oleh rakan-rakan semua khususnya jentera dan pengerak PAS diseluruh dunia.Sedikit harapan dari saya. Semoga tahun 2010 dijadikan medan untuk menyerang Umno, membongkar segala kedurjanaan yang mereka lakukan dan berdakwah kepada saki baki ahli Umno yang mahu bersama Islam.
Diharapkan tahun 2010 tidak dijadikan medan untuk ahli dan rakan-rakan blogger menyerang kepimpinan hingga memberikan ruang luas kepada musuh menyerang dan memasuki kota kepercayaan kita.
PAS tidak pernah menutup pintu teguran dari ahli dan juga para penyokong. Tapi diharapkan semua teguran itu dibuat secara beradab dan melalui saluran yang betul.
Kita tidak boleh berpuashati dengan apa yang ada, maka kita tetap berharap agar ahli dan penyokong memberikan ransangan dan teguran yang membina bukan mencipta persepsi yang akhirnya merugikan parti.
Membongkar kelemahan parti adalah sesuatu yang dituntut dalam membina kekuatan dalaman. Tetapi kalau pembongkaran itu dibuat dihadapan musuh, itu bermakna bunuh diri.
Sesama pimpinan juga harus bijak memainkan peranan politik mereka dan tidak menjadikan media dan kenyataan-kenyataan terbuka untuk memerangkap pimpinan lainnya.
Acap kali ahli menjadi bingung bila melihat kepimpinan saling berbeza pandangan dan membuat kenyataan-kenyataan yang memberikan beban kepada kepimpinan lain menyelesaikannya.
Kebijakkan politik menuntut PAS mempamerkan budaya kerja politik yang lebih profesional yang bukan sekadar mengulas tetapi menganalisis serta menyelesaikan permasalahan yang ada.
Seterusnya, PAS harus memperkukuhan sumbangan dalam Pakatan rakyat dan menjadi pemimpin kepada kebangkitan rakyat dalam membenamkan Barisan Nasional.
Jadikan tempat-tempat yang sudah dimenangi PAS sebagai kubu-kubu kuat dan pastikan asakkan berterusan dikubu-kubu BN diteruskan tanpa henti.
Akhirnya, kita harus memahami matlamat dan dasar parti sebenar-benarnya agar ia menjadi panduan kekal untuk kita terus mara ke hadapan. Kenali musuh kita yang sebenarnya. Serang dan kerjakan mereka dengan penuh keimanan bukan kerana nafsu atau dendam kesumat.
Kerana akhir tujuan dan matlamat kita adalah keredhaan Allah, bukannya keredhaan manusia
*** BERADAB???? Apakah yang di maksudkan dengan BERADAB itu? Apakah dengan menghalalkan segala yang di buat oleh pemimpin di namakan beradab? Ini adalah satu lagi pembohongan pemimpin Pas untuk terus melalikan ahlinya agar pemimpin yang jahat dan jahanam terus berkuasa.
BalasPadamApa yang di maksudkan dengan saluran yang betul? Tidak lain melainkan hanya untuk terus menyekat suara ahli daripada terus bersuara. Contohnya nak melaporkan salah laku YDP kawasan. Kalau mengikut saluran sudah pasti ahli perlu melaporkannya kepada pimpinan negeri. Siapakah pimpinan negeri itu? Salah seorang atau lebih adalah YDP Pas kawasan. Apakah anda rasa YDP tersebut mahu membiarkan laporan oleh ahli bawahan terhadap segala kerja jahatnya itu sampai ke peringkat lebih atas lagi? Sudah tentu tidak. YDP tersebut akan pengaruhi AJK Perhubungan Negeri kerana beliau ada bersama dalam mesyuarat tersebut.
** Inilah nada yang selalu bermain di bibir pemimpin Umno selama ini. Dengan nada beginilah Umno dapat memperbodohkan ahlinya selama hamper 70 tahun. Apakah anda merasakan pemimpin yang bercakap begini akan menerima teguran yang mahu anda lontar kan? Dari pengalaman aku, ianya sesekali tidak akan berlaku. Tidak mencipta persepsi maksudnya adalah jangan sesekali menyentuh diri pemimpin walaupun pemimpin itu berbuat salah. Pemimpin begini akan mengeluarkan dalil dan nas agar dirinya tidak boleh di bantah kerana hasilnya nanti adalah neraka? Apakah ini juga di namakan persepsi?
Apakah anda percaya dengan manisnya ayat ini? Anda mungkin percaya jika anda hanyalah seorang yang hebat di kedai kopi tapi tidak pernah beroganisasi. Sebagai contoh yang selalu saya tulis di dalam blog saya cerita KETUA PEMUDA PAS KAWASAN BATU KAWAN yang cukup terkenal dengan sikapnya suka meraba budak-budak perempuan yang masuk ke kedainya. Apakah pemimpin di peringkat cawangan dan kawasan tak tahu. Jika tahu mengapa tidak di selesaikan di dalam parti? Ini dalah kerana mereka adalah pembohong. Ayat janga sampai di dedahkan di luar parti adalah ayat untuk terus menyelamatkan diri.
Tidak ada keiklasan sebenarnya hubungan Pas dengan PR. Tanyalah pada diri anda sendiri. Segalanya hanyalah kemunafikan politik untuk mendapatkan kuasa. Di depan baik di belakang caci maki. Itulah yang sebenarnya terjadi terutama hubungan dengan PKR.
Akhir sekali ayat ini akan di keluarkan untuk pemimpin yang jahat seperti YDP Pas Batu Kawan untuk terus berkuasa. Apakah berSMS lucah dengan isteri orang itu namanya keredhaan Allah? Sudah pasti yang akan di jawab oleh pemimpin seperti ini adalah “YA” kerana betullah apa yang di katakana Marx bahawa agama itu adalah candu kepada masyarakat…Ianya adalah untuk memberi laluan mudah kepada pemimpin yang jahat dan khianat untuk terus berkuasa