MARI MENDENGAR & MEMAHAMI AL-QUR'AN

Listen to Quran

Sabtu, Februari 27, 2010

Mesyuarat Agung Gambar Pemikir Gitu


Ketua Cawangan sedang menyampikan cenderahati kepada YB Dr.Hamdan


Tok Ketua kami pakai baju batik ooo .


Khusyuk mendengar ucapan YB Dr. Hamdan


SU tengah dok pikiaq macam mana nak jawab ,tapi dia tak risau sebab Ketua Komuniti ada kat sebelah dia.



Ust. Halim Nasir dok catit sesuatu untuk nak tanya nanti.


Jumaat, Februari 26, 2010

Muhasabah diri

Assalamu'alaikum wrm.

Tahniah kepada ahli-ahli PAS Cawangan Bandar Laguna Merbok yg selesai mengadakan mesyuarat Agung Tahunan Cawangan kali ke - 2.

Terima kasih kpd YB Dr Hamdan, Exco Kerajaan Negeri Kedah, merangkap Timbalan YDP PAS Kawasan Merbok, kerana sudi hadir untuk majlis perasmian. Banyak input dan maklumat berguna yg diberikan semasa ucapan perasmian.

Sesungguhnya mesyuarat adalah merupakan satu urusan parti dan jamaah yg mesti diambil berat. Mana-mana ahli PAS yg tidak hadir, tanpa uzur syari'e, perlu bermuhasabah dan beristighfar, kerana ia adalah merupakan perintah ALLAH di dalam Al-Quran.



Maksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yg menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan solat dgn sempurna; dan URUSAN MEREKA DIJALANKAN SECARA BERMESYUARAT SESAMA MEREKA; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yg Kami beri kpdnya."

ASY-SYURA: 38

Khamis, Februari 25, 2010

Tegak sunah Rasulullah s.a.w. sepanjang hayat





Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak umat Islam agar bersama-sama menjadikan sambutan Maulidur Rasul untuk menguatkan iltizam menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w. sepanjang tahun dan sepanjang hayat.

“Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah s.a.w. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda,” ujarnya dalam Perutusan Maulidur Rasul 1431 yang disambut esok.

Katanya, seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya, sementara sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Berikut adalah perutusan penuh beliau.

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.



DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,

PRESIDEN PAS

Selasa, Februari 23, 2010

ADAB-ADAB MESYUARAT


Renungan Sempena dengan Mesyuarat Agong Cawangan pada 25/02/10

Lantik seorang Pengurusi untuk mengendalikan mesyuarat.
Mesyuaratlah dengan penuh tawajjuh kepada Allah taala.
Mesyuaratlah dengan kasih sayang dan berniat untuk mengamalkannya.
Amir boleh meminta syor dari sebelah kanan dan tidak semestinya meminta syor dari setiap orang, tetapi maruah setiap orang mesti dijaga.

Apabila Pengurusi meminta syor dari kita, maka berilah syor dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut, jangan ada niat untuk menyokong atau membangkang.
Janganlah merasakan syor kita sahaja yang terbaik lalu mendesak Pengurusi dan ahli jemaah untuk menerimanya kerana ini akan menjauhkan kita dari mendapat nusrah dari Allah taala.

Sebaliknya berilah syor yang paling baik dari kita dan anggaplah syor kita yang paling lemah dari syor orang lain.

Berilah syor dengan meletakkan kepentingan ugama di depan dan kepentingan diri dan kepentingan dunia di belakang.

Hargailah dan hormatilah setiap syor dari orang lain.

Janganlah mentertawakan atau memandang rendah syor orang lain kerana setiap syor boleh mencetuskan idea yang lebih baik.

Setiap orang semestinyalah ingat dalam dirinya bahawa syornya hanyalah mengikut hawa nafsunya sahaja. Maka jika ditolak hendaklah dia bersyukur (ucapkan alhamdulilah) dan jika syornya diterima maka hendaklah beristighfar kerana mungkin syornya akan mendatangkan keburukan dan kemudharatan kepada agama Allah subhanahu wataala.
Janganlah mengeluarkan sesuatu syor yang kita sendiri merasakan syor itu akan membawa kepada perpecahan dan perbalahan.

Jangan menganggap Syor diberi sebagai syor saya tetapi menganggap keputusan sebagai keputusan kita

Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan ilham yang dikurniakan oleh Allah taala kepada Pengurusi berkat kerjasama dan tawajjuh semua ahli mesyuarat.

Keputusan yang dibuat tidak bergantung kepada jumlah syor yang majority atau minority tetapi jika syor majority itu boleh membawa perpaduan dan kasih sayang maka itu adalah dibenarkan.

Pengurusi hendaklah memikirkan setiap syor secara mendalam dan membuat keputusan dengan jujur dan ikhlas tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka di kalangan ahli jemaah.

Mesyuarat sebelum mesyuarat adalah khianat dan mesyuarat selepas mesyuarat adalah fitnah

Seorang Pengurusi janganlah bersikap seperti seorang diktator di dalam membuat keputusan sebaliknya dia hendaklah selalu berbincang dengan ahli jemaahnya.

Semua ahli mesyuarat hendaklah memberi kerjasama kepada Pengurusi dan mentaati setiap keputusan yang Pengurusi buat. Anggaplah bahawa syor merekalah yang sedang di amalkan bersama
.
Kalau seseorang merasakan bahawa syornya lah yang paling betul maka dia janganlah sekali-kali mencebir atau mencemuh Pengurusi sebaliknya dia hendaklah yakin bahawa keputusan Pengurusilah yang akan membawa kejayaan dan kebaikan.

Jika sesuatu keputusan itu sangat benar untuk kita terima maka kita hendaklah sabar dan taat sebaliknya jika keputusan itu bersesuaian dengan kita maka hendaklah taat dan sabar.

Sebarang perkara yang berlaku selepas mesyuarat adalah ditakdirkan didalam Qada dan Qadar Allah Subhanahu wataala, maka janganlah kita mengungkit atau memberi sebarang komen terhadap perkara tersebut.

Keputusan mesyuarat harus dipatuhi. Sanggupkah kita menerima keputusan yang tidak menepati kehendak diri kita?.. tanya diri sendiri..

Ahad, Februari 21, 2010

PENGHIJRAHAN ARMADA IKAN PARI



Bagai dedaun yang terapung-apung di tengah lautan, Beribu-ribu Ikan Pari kelihatan berkumpul di lautan Mexico. Kejadian yang memukau ini dirakam ketika Armada makhluk-makhluk ini melakukan penghijrahan. Dengan meluncur di bawah ombak, IA mengubah lautan biru menjadi kuning keemasan. Seorang jurugambar amatur, Sandra Critelli merakam foto indah ini. Katanya, “Seperti lukisan… permukaan air seperti dipenuhi Dedaun musim luruh yang melayang ditiup angin".


“Banyak jumlahnya… menjangkau ke ribuan angkanya!”. ”Berukuran lebar kepaknya 2.1 meter, Ia meliputi seluruh kawasan sekitar… Bukan sahaja di permukaan, Malah terdapat yang bergerak di lapisan-lapisan bawah.” “Pada waktu penghijrahan, sebanyak 10,000 ekor ikan pari Akan bergerak dalam satu angkatan..”


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit Dan bumi Serta segala yang Dia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata Dan Dia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Dia kehendaki (melakukannya).” (Asy-Syura 42:29)




Selasa, Februari 16, 2010

ISLAM 1MALAYSIA : YANG WAJIB TAK DIBUAT YANG TAK WAJIB SIBUK NAK BUAT!!!






(Apakah Islam mewajibkan perarakan Maulidur Rasul??)

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menolak apa yang diperintahkannya, rasuah, sapu duit rakyat dan salahguna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi?" soal beliau.

Dengan merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan Umno sudah jadi parti perasuah, beliau juga mengecam Umno yang berarak, berselawat kemudian rasuah.

"(Lagi) selawat lagi sapu duit rakyat. Berarak berselawat kemudian salah guna kuasa," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.Beliau menyifatkan, itulah nilai perarakan maulud dan selawat ke atas Nabi bagi Umno.

"Berarak berselawat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri. Itu baru setiausaha politik, belum lagi menteri.

"Guna agama untuk kepentingan politik. Mungkin kerana tahun harimau, Umno mengganas sehingga hari keputeraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka," katanya.

Beliau menyifatkan sikap Umno yang membesar-besar dakwaan palsu kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebagai perbuatan menghalalkan cara.

"Matlamat Umno nak kucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah.
"Yang penting bagi Umno untuk dapat kembali kuasa. Inilah perangai orang gila talak," katanya.Padahal, kata Mahfuz, di Kedah perarakan maulud telah dibatalkan sejak zaman regim Umno memerintah lagi.

"Tak ada pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Datuk Seri Mahadzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah kenapa dia batalkan perarakan maulud. Banyak lagi negeri negeri lain di bawah regim Umno tak berarak pun."Kenapa media arus perdana tak persoalkan? Nampak makin jelas media jadi ketuloi (barua) Umno," katanya.

Beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara.
Sumber : Harakah Daily.

APAKAH BERDOSA TIDAK MENGADAKAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL INI??APAKAH MEREKA (Um-no dan Media Pengampu) TAHU APA SBENARNYA YANG LEBIH UTAMA DIPERJUANGKAN DARI MEMPERSOALKAN PEMBATALAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL DI PULAU PINANG??

ISLAM TIDAK MEWAJIBKAN DIADAKAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL..APA YANG LEBIH PENTING ADALAH KITA MENGHAYATI APA YANG DISUNNAHKAN OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W...BUKANNYA DENGAN MENGADAKAN PERARAKAN DAN KEMUDIANNYA MENENTANG SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W...

UM-NO SERING-KALI MEMPERJUANGKAN SESUATU YANG TIDAK DIWAJIBKAN ISLAM SECARA BERLEBIHAN..SEDANGKAN DALAM MASA YANG SAMA SANGAT TEGAR MENENTANG HUKUM YANG TELAH DIPERINTAHKAN DI DALAM AL-QURAN DAN HADIS...TERUTAMANYA BERKAITAN DENGAN HUKUM HUDUD...

JANGANLAH KITA SEMPITKAN PEMIKIRAN KITA SEHINGGA TIDAK BOLEH MEMBEZAKAN YANG MANA SATU WAJIB DAN YANG MANA SATU HARUS...JANGAN KITA BERIA-IA MEMPERJUANGKAN SESUATU YANG TIDAK DIWAJIBKAN OLEH ISLAM DAN DALAM MASA YANG SAMA KITA MENINGGALKAN PERKARA YANG DIWAJIBKAN OLEH ISLAM....JANGAN KITA MENCIPTA AGAMA KITA SENDIRI SEUMPAMA UM-NO MENCIPTA "ISLAM HADHARI DAN ISLAM 1MALAYSIA"...

Isnin, Februari 15, 2010

TAK PERLU SAMBUT MAULUD - TGNA





Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan tetap tidak akan menyambutnya, walaupun negeri lain membuat sambutan secara besar-besaran.

“Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.

“Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Mau-lud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sewaktu berkunjung ke rumah Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Sdn Bhd sempena sambutan Tahun baru Cina di sini, semalam.

Dua hari lepas, akhbar arus perdana menyiarkan laporan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang sebelum ini diadakan setiap tahun bagaimanapun ekoran kritikan hebat dan bimbang kehilangan sokongan orang Melayu, Kerajaan Negeri itu membuat keputusan untuk mengadakan kembali perarakan Maulidur Rasul walaupun mengikut program asal sebelum ini ia dibatalkan.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, baginya penerapan nilai-nilai Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Pas di negeri ini sepanjang tahun adalah Maulud sebenar.

“Saya di Kelantan ditugas menjaga Kelantan betul-betul berasas kepada Islam. Ekonomi cara Islam, sosial cara Islam, budaya cara Islam yang dilaksanakan sepanjang tahun, itu Maulud bagi saya. Maulud bagi saya sepanjang tahun,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menggalakkan rakyat di negeri ini meneruskan amalan kunjung-mengunjungi dalam usaha mengeratkan hubungan di antara kaum.

“Saya datang ke rumah Datuk Tan untuk mengucap Selamat Tahun Baru kepada kaum Cina. Ucapan tahun baru ini ialah adat resam bangsa tertentu. Orang Melayu tidak ada tahun baru, selain tahun hijrah. Zaman dulu peladang dan petani ada musim menabur.

“Kini sudah tidak ada. Yang ada ialah tahun hijrah. Sambutan Tahun baru bagi orang Cina, itu dia punya fasal. Saya setiap tahun datang mengucap Tahun Baru Cina kepada orang Cina.

“Dan orang Cina nak kata tahun harimau ke, tahun apa, itu dia punya pasal. Tak ada apa. Dalam Islam tak ada masalah apa,” katanya.

Mengulas mengenai ama-lan kunjung mengunjungi, Nik Abdul Aziz berkata, ia tidak menjadi masalah dalam Islam.

“Masalah orang Melayu berkunjung Tahun Baru Cina ke, orang Cina nak berkunjung ke rumah orang Melayu, tak ada apa dalam Islam.

“Kita jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa. Kadang-kadang benda yang berlaku semasa ini tidak serupa dengan kehendak agama. Tetapi dengan sebab benda itu berlaku semasa bercanggah dengan agama, kadang-kadang menjadi masalah. Contohnya, Maulud Nabi.

“Saya minta orang Melayu, Cina dan sebagainya duduk dalam keadaan baik. Orang Islam tidak meletak bangsa ini lebih, walaupun bangsa Arab, walaupun bangsa Nabi, namun tidak lebih dari bangsa lain,” katanya. -SH

Jumaat, Februari 12, 2010

RENUNGAN


kadang-kadang kita sakit hati bila orang buat sesuatu yang tidak beradab kepada kita, tapi kita tidak sedar, kita buat benda yang sama kepada orang lain.

kadang-kadang kita mahu sangat orang lain mendengar pendapat kita, tapi kita tak mahu dengar pendapat orang lain.

kadang-kadang kita anggap masalah kita adalah lebih besar daripada orang lain, tapi kita tak tahu mungkin orang yang kelihatannya tiada masalah pun, rupanya ada masalah lebih besar daripada masalah kita.

kadang-kadang kita ingat kita betul hinggakan sanggup bertengkar, tapi rupanya kita salah dan sangat salah.

kadang-kadang kita ingat diri kita bagus sampai membanding-bandingkan kebaikan diri dengan orang lain, tapi rupanya kita taklah sebagus mana. Siapa kita nak bangga sombong takkabur riak?

kadang-kadang kita sangka amalan kita selama ini dah cukup hinggakan buat tak kisah pada kewajipan lain, tapi adakah kita tahu jumlah dosa pahala kita sewaktu masih hidup di dunia ni?

Sudahlah. Kita periksa diri masing-masing sebelum anggap diri kita ni bagus.Kata-kata lisan tak semestinya di hati. Hatinya benci lisannya sayang. Saya tahu manusia tak sempurna, tapi apa salahnya kita cermin diri, cuba isi yang mana patut diisi, cuba buang yang mana patut dibuang. Jangan jadi ego (tak tujukan kepada sesiapa; pesanan umum)

Jaga diri, jaga hati, jaga hubungan.

Rabu, Februari 10, 2010

Hukum Menyambut Hari Valentine

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur'an dan lain-lain lagi.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T..

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-'Utsaimin berkata: "Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar."

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa' : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: "Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine's Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil."

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam".

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine

Sabtu, Februari 06, 2010

MAT REMPIT URUGUAY YANG CURI ENJIN JET RUPANYA




Gempaq!!! Enjin jet TUDM yang hilang hari tu rupa-rupanya dicuri oleh Mat Rempit Uruguay. Tengok dah siap modified lagi. Sapa yang nak pi ambik balik ni.....

Jumaat, Februari 05, 2010

Gula Bakal Berwajah Baru


Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen baru-baru ini digambarkan oleh pelbagai pihak sebagai usaha kerajaan untuk mencegah penyakit berkaitan gula namun tidak kurang juga pihak yang mendakwa ianya sebagai satu alasan untuk menyejukkan hati rakyat.Bagi merealisasikan gagasan kencing manis ini,adalah dijangkakan paket gula keluaran masa depan akan dilengkapi gambar-gambar penyakit berkaitan gula sepertimana yang dilakukan pada kotak rokok pada masa ini.Selaras dengan itu juga, gula juga berkemungkinan menghadapi nasib yang sama dengan rokok,iaitu tidak akan dijual dalam skala kecil sepertimana juga rokok yang hanya akan dijual minima 20 batang sekotak.Walaubagaimanapun kita mungkin bernasib baik kerana difahamkan perkara ini masih belum terlintas di fikiran pak-pak menteri kita.-biaqpila.blogspot.com--

Hikayat 'Meraung Mewangsa'

Hikayat 'Meraung Mewangsa' di sebuah negeri Dahi Berdengung. Kisahnya..jeng..jeng..jeng !
Layan !!

Hakim: Apa bukti atas pertuduhan?

Pendakwa: Kami akan membukti kan kami ada cukup bukti termasuk hasil ujian dna, laporan doktor, laporan kimia & bukti dokumentasi. terdapat kesan air mani tertuduh tertinggal didalam dubur mangsa (saifool)!

Hakim: Apa benar tertuduh telah merogol anda?

Saifool: Ya.Hakim: Bila?Saifool: 26 haribulan yang Arif.

Hakim: Bila laporan polis dibuat?Saifool: 28 haribulan..

Hakim: Bila pemeriksaan doktor dibuat?

Saifool: Sebelah petang 28 selepas membuat laporan polis.

Hakim: Bagaimana kamu boleh mengekalkan (mengandungkan) air mani mangsa untuk selama lebih 2 hari di dalam dubur kamu?

Saifool: Saya kemut yang arif.

Hakim: Kamu tidak basuh?

Saifool: Tidak.

Hakim: Tidak mandi?

Saifool: Tidak juga yang arif.

Hakim: Jadi kamu tidak ke tandas, tidak basuh & tidak mandi selama lebih 2 hari?

Saifool: Benar yang arif. Saya buat begitu untuk mengekalkan bukti DNA yang arif.

Kapal Sin: Yang arif, nampaknya perbicaraan ini melibatkan adegan 18SX & saya mohon perbicaraan dijalankan secara tertutup.Hakim: Baiklah. Perbicaraan ditangguhkan esok jam 9.30 pagi.

Selasa, Februari 02, 2010

The Price of Cars & Petrol in Malaysia after 1st May 2010


Don’t buy a car NOW............ Read below




PUTRAJAYA, Jan 8 - The mechanism for fuel pricing in Malaysia has finally
been finalized and controlled under one mechanism, which also takes the
high and lower income group people into consideration, according to Finance Trade Minister Tan Sri Anuar Ali.

"From May 1, the fuel will be pegged at RM 3.90 per litre for RON97,while RON95 will increase to RM 3.70 per litre.

However, the prices of national-made vehicles will be lowered by at least 40 percent.

For example, a full-spec family sedan Proton Persona 1.6 litre engine will cost around RM 23,000.00 excluding road tax and insurance. Import tax and excise duty will be revised to only 30 percent, from the current 200 percent.

Imported vehicles such as the new Toyota Camry 2.4 litre engine will cost around RM 65,000..00." he said.

The mechanics has been said to be undertaken by a team of experts from Australia and Canada who were earlier briefed on the issue of subsidy in this country, whereas after consideration by the transport minister, they have signed the constitution that the system will be made on May 1, the day it goes into effect.

Under the new system, there will be a major effect on the existing consumers who have already purchased a vehicle and to those who are in the midst of repaying the loan of their vehicle to their financial institutions.

Ahmad Tajuddin said the government might also re-introduce a cash return annually to Malaysians who own a 1,500 cc and below vehicle.

The amount have yet to be decided but he assured that the amount will compensate the price of fuel by at least half to eligible Malaysians based on bumi quota