MARI MENDENGAR & MEMAHAMI AL-QUR'AN

Listen to Quran

Selasa, Februari 23, 2010

ADAB-ADAB MESYUARAT


Renungan Sempena dengan Mesyuarat Agong Cawangan pada 25/02/10

Lantik seorang Pengurusi untuk mengendalikan mesyuarat.
Mesyuaratlah dengan penuh tawajjuh kepada Allah taala.
Mesyuaratlah dengan kasih sayang dan berniat untuk mengamalkannya.
Amir boleh meminta syor dari sebelah kanan dan tidak semestinya meminta syor dari setiap orang, tetapi maruah setiap orang mesti dijaga.

Apabila Pengurusi meminta syor dari kita, maka berilah syor dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut, jangan ada niat untuk menyokong atau membangkang.
Janganlah merasakan syor kita sahaja yang terbaik lalu mendesak Pengurusi dan ahli jemaah untuk menerimanya kerana ini akan menjauhkan kita dari mendapat nusrah dari Allah taala.

Sebaliknya berilah syor yang paling baik dari kita dan anggaplah syor kita yang paling lemah dari syor orang lain.

Berilah syor dengan meletakkan kepentingan ugama di depan dan kepentingan diri dan kepentingan dunia di belakang.

Hargailah dan hormatilah setiap syor dari orang lain.

Janganlah mentertawakan atau memandang rendah syor orang lain kerana setiap syor boleh mencetuskan idea yang lebih baik.

Setiap orang semestinyalah ingat dalam dirinya bahawa syornya hanyalah mengikut hawa nafsunya sahaja. Maka jika ditolak hendaklah dia bersyukur (ucapkan alhamdulilah) dan jika syornya diterima maka hendaklah beristighfar kerana mungkin syornya akan mendatangkan keburukan dan kemudharatan kepada agama Allah subhanahu wataala.
Janganlah mengeluarkan sesuatu syor yang kita sendiri merasakan syor itu akan membawa kepada perpecahan dan perbalahan.

Jangan menganggap Syor diberi sebagai syor saya tetapi menganggap keputusan sebagai keputusan kita

Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan ilham yang dikurniakan oleh Allah taala kepada Pengurusi berkat kerjasama dan tawajjuh semua ahli mesyuarat.

Keputusan yang dibuat tidak bergantung kepada jumlah syor yang majority atau minority tetapi jika syor majority itu boleh membawa perpaduan dan kasih sayang maka itu adalah dibenarkan.

Pengurusi hendaklah memikirkan setiap syor secara mendalam dan membuat keputusan dengan jujur dan ikhlas tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka di kalangan ahli jemaah.

Mesyuarat sebelum mesyuarat adalah khianat dan mesyuarat selepas mesyuarat adalah fitnah

Seorang Pengurusi janganlah bersikap seperti seorang diktator di dalam membuat keputusan sebaliknya dia hendaklah selalu berbincang dengan ahli jemaahnya.

Semua ahli mesyuarat hendaklah memberi kerjasama kepada Pengurusi dan mentaati setiap keputusan yang Pengurusi buat. Anggaplah bahawa syor merekalah yang sedang di amalkan bersama
.
Kalau seseorang merasakan bahawa syornya lah yang paling betul maka dia janganlah sekali-kali mencebir atau mencemuh Pengurusi sebaliknya dia hendaklah yakin bahawa keputusan Pengurusilah yang akan membawa kejayaan dan kebaikan.

Jika sesuatu keputusan itu sangat benar untuk kita terima maka kita hendaklah sabar dan taat sebaliknya jika keputusan itu bersesuaian dengan kita maka hendaklah taat dan sabar.

Sebarang perkara yang berlaku selepas mesyuarat adalah ditakdirkan didalam Qada dan Qadar Allah Subhanahu wataala, maka janganlah kita mengungkit atau memberi sebarang komen terhadap perkara tersebut.

Keputusan mesyuarat harus dipatuhi. Sanggupkah kita menerima keputusan yang tidak menepati kehendak diri kita?.. tanya diri sendiri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan