MARI MENDENGAR & MEMAHAMI AL-QUR'AN

Listen to Quran

Isnin, Mei 31, 2010

Israel attacks Gaza aid fleet




Al Jazeera's report on board the Mavi Marmara before communications were cut


Israeli forces have attacked a flotilla of aid-carrying ships aiming to break the country's siege on Gaza.

More than 10 people were killed and dozens injured when troops intercepted the convoy of ships dubbed the Freedom Flotilla early on Monday, the Israeli military said.

The Israeli Army Radio had earlier said that up to 16 people had been killed.

The flotilla was attacked in international waters, 65km off the Gaza coast.

Footage from the flotilla's lead vessel, the Mavi Marmara, showed armed Israeli soldiers boarding the ship and helicopters flying overhead.

Al Jazeera's Jamal Elshayyal, on board the Mavi Marmara, said Israeli troops had used live ammunition during the operation.

The Israeli military said four soldiers had been wounded, two of them moderately, and claimed troops opened fire after "demonstrators onboard attacked the IDF Naval personnel with live fire and light weaponry including knives and clubs".

Free Gaza Movement, the organisers of the flotilla, however, said the troops opened fire as soon as they stormed the ships.

Israeli intervention

Earlier, the Israeli navy had contacted the captain of the Mavi Marmara, asking him to identify himself and say where the ship was headed.

Shortly after, two Israeli naval vessels had flanked the flotilla on either side, but at a distance.

Organisers of the flotilla carrying 10,000 tonnes of humanitarian aid then diverted their ships and slowed down to avoid a confrontation during the night.

They also issued all passengers life jackets and asked them to remain below deck.

Al Jazeera’s Ayman Mohyeldin, reporting from Jerusalem, said the Israeli action was surprising.

"All the images being shown from the activists on board those ships show clearly that they were civilians and peaceful in nature, with medical supplies on board. So it will surprise many in the international community to learn what could have possibly led to this type of confrontation," he said.

Meanwhile, Israeli police have been put on a heightened state of alert across the country to prevent any civil disturbances.

Protests

Condemnation has been quick to pour in after the Israeli action.

Mahmoud Abbas, the Palestinian president, officially declared a three-day state of mourning over Monday's deaths.

Thousands of Turkish protesters tried to storm the Israeli consulate in Istanbul soon after the news of the operation broke. The protesters shouted "Damn Israel" as police blocked them.

Turkey is also reported to have summoned the Israeli ambassador to lodge a protest.

"(The interception on the convoy) is unacceptable ... Israel will have to endure the consequences of this behaviour," the Turkish foreign ministry said in a statement.

Ismail Haniya, the Hamas leader in Gaza, has also dubbed the Israeli action as "barbaric".

Hundreds of pro-Palestinian activists, including a Nobel laureate and several European legislators, were with the flotilla, aiming to reach Gaza in defiance of an Israeli embargo.

But Israel had said it would not allow the flotilla to reach the Gaza Strip and vowed to stop the six ships from reaching the coastal Palestinian territory.

The flotilla had set sail from a port in Cyprus on Sunday and aimed to reach Gaza by Monday morning.

Israel said the boats were embarking on "an act of provocation" against the Israeli military, rather than providing aid, and that it had issued warrants to prohibit their entrance to Gaza.

It asserted that the flotilla would be breaking international law by landing in Gaza, a claim the organisers rejected.

Source: Al Jazeera and agencies



Sabtu, Mei 22, 2010

Adun Pakatan Kedah ‘tutup fail spekulasi’ malam ini


Kerajaan negeri Kedah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mengadakan pertemuan raksasa malam ini - peluang membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka membuat pengisytiharan menamatkan spekulasi ‘liar’ mendakwa mereka akan keluar parti.

Sambil menegaskan kerajaan negeri Kedah pimpinan PR masih stabil, wakil rakyat bukan PAS yang menjadi tumpuan spekulasi mahu mengakhiri tanggapan sedemikian semasa perhimpunan hari ini.

Dua daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang diburu pelbagai pihak menegaskan, mereka mahu bab spekulasi dihentikan selepas pengumuman pendirian mereka hari ini.

“Saya sudah letih. Saya ingat sudah lebih 50 kali (sejak lebih setahun ini) saya sudah bercakap mengenai isu ini, sudah berkali-kali saya menafikan tetapi orang bertanya setiap kali perkara ini dibangkitkan,” kata Adun Sidam, Tan Chow Kang ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Saya mahu tutup fail, tak mahu cakap lagi mengenai isu ini,” kata Tan sambil menegaskan, beliau berharap tiada pihak yang akan bertanya lagi mengenai isu berkenaan selepas ini.

Majlis itu akan berlangsung di Kota Sarang Semut dekat Alor Setar.

Tan berkata, beliau akan menggunakan majlis anjuran PAS Kedah itu untuk menjelaskan kepada umum mengenai pendiriannya.

“Mereka menjemput saya. Jadi saya akan menggunakan pertemuan ini untuk menjelaskan, saya harap orang ramai akan mengetahui sendiri pendirian saya... lepas itu tak tanya lagi mengenai isu ini lagi,” katanya.

Terdapat empat Adun bukan PAS dalam kerajaan negeri PR iaitu tiga dari PKR dan seorang wakil DAP.

Selain Tan dua wakil rakyat PKR ialah Lim Soo Ned dari Kulim dan , S. Manikumar dari Bukit Selambau.

Adun tunggal DAP ialah Lee Guan Aik mewakili kerusi Kota Darul Aman.

Kesemua mereka dijemput hadir.

Mereka berbuat demikian di sebalik spekulasi bahawa Dewan Undangan Negeri Kedah akan dibubarkan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun soal pembubaran itu telah dinafikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak beberapa kali.

Azizan juga pernah menegaskan khabar angin itu adalah permainan politik pihak-pihak tertentu yang tidak senang hati dengan keadaan aman di Kedah.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan membuktikan masih wujudnya solidariti di kalangan anggota Pakatan Rakyat dengan memanggil kesemua wakil rakyat bukan PAS bercakap pada majlis malam ini.

Kata beliau, perhimpunan malam ini akan menamatkan cakap-cakap bahawa kerajaan negeri Kedah juga akan berhadapan dengan nasib macam Perak dengan beberapa wakil rakyat akan keluar parti.

“Kesemua yang dikatakan akan keluar parti akan hadir,” katanya.

“Mereka sendiri akan bercakp kepada rakyat untuk menyangkal spekulasi mereka akan keluar parti,” kata beliau.

Azizan juga mengulangi bahawa beliau tiada rancangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Dalam pada itu, Manikumar berkata, perhimpunan hari ini akan digunakan untuk memperkukuhkan pendirian bahawa mereka akan kekal dalam PR.

“Pada 22 Februari (hari ini), kami akan menjelaskan kepada rakyat bahawa Pakatan tiada masalah, yang ada masalah cuma dalam Barisan Nasional.

“Kerajaan negeri masih kukuh, masih stabil... tiada masalah di kalangan kami, kami akan kekal bersama dalam kerajaan negeri,” kata beliau yang juga Exco kerajaan negeri sambil menolak tiada keperluan untuk membubarkan DUN negeri.

“Kesemua itu adalah khabar angin sahaja,” katanya.

Jelas beliau, pertemuan malam ini bukan tindakan membuat ikrar tetapi hanya merupakan platform untuk menjelaskan kepada rakyat secara terbuka.

“Kami hendak menjelaskan kepada rakyat, dan kami mahu fokus terhadap projek pembangunan,” katanya lagi

Rabu, Mei 19, 2010

Himpunan besar 3 Julai


1. Membantah Lesen Judi Bola atau sukan yang diluluskan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional membawa kepada tindakan tegas dari pihak Dewan Pemuda PAS Pusat .

Pertama : Himpunan 3 Julai 2010

Himpunan Besaran - besaran pada 3 Julai 2010 akan diadakan di perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana negera mengiringi pimpinan Pemuda Pakatan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantah Lesen Judi serta merayu campur tangan Raja - Raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansukhkan Lesen Judi Bola atau sukan tersebut .

Kedua : Himpunan 21 Mei 2010 [ jumaat ]

Himpunan besar - besaran yang mensasarkan penyertaan 5 ribu rakyat di setiap masjid negeri di seluruh negara pada 21 Mei 2010 untuk tujuan menyuarakan bantahan rakyat terhadap tindakan Kerajaan meluluskan Lesen Judi Bola dan sukan ini .

Ketiga : Memorandum kepada Mufti - Mufti Negeri [ tempoh 21 Mei hingga 30 June ]

Satu rally Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri akan menganjurkan satu siri penyerahan Memorandum Bantah Lesen Judi tersebut kepada mufti - mufti di setiap negeri sepanjang tempoh sebulan ini dari 21 Mei hingga 21 June 2010 . Mendesak agar mufti - mufti negeri membawa isu ini ke Majlis Mufti Kebangsaan lalu mendesak kerajaan agar menarik balik kelulusan Lesen Judi Bola yang telah dianugerahkan kepada Berjaya Group .

Keempat : Roadshow Mendidik rakyat [ sepanjang tempoih 21 Mei hingga 30 June ]

Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan mengadakan Roadshow ke seluruh negara dalam tempoh sebulan ini bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai keburukan dan kesan negatif judi bola yang akan dilaksanakan ini sekaligus mendidik rakyat agar tidak terjebak dalam perangkap judi yang diharamkan oleh semua agama .

Kelima : Edaran Risalah Hindari Judi

Risalah Hindari Judi [ Ya untuk Bola , Tidak untuk Judi ] akan diedarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri kepada semua khasnya peminat sukan bolasepak terutamanya di sepanjang musim FIFA WORLD CUP dan EPL pada musim depan .

2. Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan memanafaatkan segala ruang dan peluang yang wujud sepanjang tempoh itu untuk menganjurkan apa jua tindakan berkesan ke arah mendesak Kerajaan menarik balik lesen judi yang telas diluluskan itu . Dalam masa yang sama peranan besar Dewan Pemuda PAS Pusat ialah mendidik rakyat agar menyedari keburukan judi lantas menjauhkan diri daripadanya .

3. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan penyertaan semua warga prihatin termasuklah badan - badan bukan kerajaan dan juga golongan non muslim agar turut menjayakan hasrat rakyat yang insaf dan sedar tentang implikasi buruk dari angkara judi tersebut .

Keterangan lanjut boleh hubungi sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat di talian : 03 269 25000

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU

NAK JAGA KESIHATAN RAKYAT - BERI PERUBATAN PERCUMA - KERAJAAN KAJI TARIK BALIK SUBSIDI GULA -melayau

PULAU PINANG 13 Mei - Kerajaan sedang menimbangkan kemungkinan menarik balik subsidi gula dan perkara itu kini dalam peringkat kajian oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Timbalan Menterinya, Tan Lian Hoe berkata, kajian tersebut dibuat berikutan cadangan yang diterima oleh KPDNKK daripada pelbagai pihak termasuk maklum balas positif pengguna berhubung perkara itu.Menurutnya, trend pada masa sekarang juga menunjukkan rakyat sudah sedar mengenai kemudaratan kesihatan yang bakal dialami ekoran pengambilan gula secara berlebihan sekali gus mula menolak penggunaan bahan tersebut

JOHOR: MANA GULA ?PENDUDUK BATU PAHAT PANIK SEMAKIN SUKAR PEROLEH BEKALAN – berita hairanBATU PAHAT: Selepas selesai masalah bekalan air bersih, penduduk di daerah ini kini berdepan dengan kehabisan bekalan gula sejak beberapa hari lalu sehingga menyebabkan suasana panik di kalangan pengguna yang semakin sukar mendapatkan bekalan barang kawalan berkenaan.Tinjauan di beberapa kedai runcit serta pasar raya besar di sini mendapati bukan saja rak jualan gula kosong dan tiada bekalan langsung, malah peniaga mahupun jurujual bertugas mendakwa bekalan gula sudah kehabisan sejak beberapa hari lalu.

KAH KAH KAH…woit… HARGA GULA AKAN NAIK….
kah kah kah..woit… APAKAH BETUL BILA GULA NAIK HARGA…. KENCING MANIS AKAN KURANG…

kah kah kah..woit…INI HUJAH BODOH… kah kah kah..woit… DULU MASA NAK BUAT HUKUM GANTUNG KES DADAH… GUNA HUJAH SAMA….

kah kah kah..kah kah kah… KALAU HUKUM GANTUNG ADA…. DADAH AKAN KURANG…

kah kah kah..kah kah kah… BULL SHIT… KELENTONG… kah kah kahkah kah kah...HUKUM GANTUNG BERTUJUAN UNTUK NAIKAN HARGA DADAH….

kah kah kah..woit… INI NAK NAIKAN HARGA GULA… KATAKAN NAK KURANGKAN KENCUNG MANIS…

kah kah kah..woit…KALAU NAK JAGA KESEHATAN ORANG RAMAI…KENAPA HOSPITAL DI SWASTA..

kah kah kah..woit… JANGAN LAH TIPU ORANG MELAYU…. BODOH JADINYA ORANG MELAYU…kah kah akh

Sabtu, Mei 15, 2010

Siapa MP dan ADUN PKR yang Zul Noordin maksudkan?


Semalam saya dihubungi oleh seorang teman sekolah lama yang mahukan kepastian apakah ada kemungkinan akan berlaku lagi tragedi rampasan kuasa tidak bermaruah seperti mana yang berlaku di Perak tahun lalu.

Teman itu meminta saya membaca berita di The Malaysian Insider bertajuk 'Second ‘Perak’ on the cards, warns Zul Noordin' yang ditulis oleh Clara Chooi berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu yang ditalak tiga oleh PKR kerana keangkuhannya sendiri.

Zul Noordin dalam kenyataannya memberitahu ada dua Ahli Parlimen dan seorang Adun dari PKR akan bertindak meninggalkan parti kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan DS Anwar Ibrahim, alasan yang tidak berubah-ubah sejak bermulanya episod wakil rakyat melompat keluar.

Pada mulanya saya rasa teruja dengan berita itu, tapi bila direnung-renung dan ditilik-tilik, mana mungkin amaran tidak berasas itu menjadi realiti apabila wakil rakyat yang tidak dinamakan itu adalah dua orang MP dan hanya seorang Adun sahaja.

Bodohnya peguam yang berpaksikan agama dan bangsa itu membuat congakan asas matematik dalam politik. Pada masa sekarang Pakatan Rakyat menguasai 20 kerusi dan BN hanya memiliki 15 kerusi termasuk dua kerusi Bebas di DUN Kedah, manakala Kota Siputeh masih kekal tidak bertuan kerana ketakutan BN yang teramat sangat terhadap pilihan raya kecil di Kedah.

Kalau pun masin mulut Zul Noordin, berlaku apa yang dikatakannya, kerajaan PR Kedah masih utuh dan tragedi Perak tidak akan berulang di negeri jelapang padi ini. PR masih kekal menguasai kerajaan negeri kerana mempunyai 19 kerusi berbanding BN hanya 16 kerusi termasuk Bebas.

Pada ketika ini Adun PKR hanya ada 3 orang sahaja, Adun Bukit Selambau, S. Manikumar, Adun Sidam, Tan Show Kang dan Adun Kulim, Lim Soo Nee. Ketiga-tiganya menganggotai barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Apakah salah seorang dari mereka akan mengikut jejak bodoh dan senget Adun Lunas dan Adun Bakar Arang yang meninggalkan PR hanya kerana ingin mendapat sedikit habuan yang hanya boleh dijadikan modal permulaan membuka sebuah restoren di KL?

Dua lagi MP, kemungkinan gandingan MP Padang Serai dan MP Sungai Petani @ MP Padang Serai dan MP Kuala Kedah @ MP Sungai Petani dan MP Kuala Kedah tidak akan menjejaskan penguasaan PR dalam DUN Kedah.

Persoalannya siapakah dua orang MP dan seorang Adun PKR yang Zul Noordin maksudkan dalam kenyataan bodohnya itu?

Saya cuba menghubungi salah seorang dari Adun untuk penjelasan dan kesudahannya kami mencapai satu keputusan untuk diaturkan satu ceramah penjelasan isu lompat melompat pada 19/5/2010 di Bedong.

Ketiga-tiga Adun PKR dan ketiga-tiga MP PKR akan dijemput untuk memberikan penjelasan dan Zul Noordin juga akan dijemput untuk mendedahkan siapakah Adun dan MP PKR yang dikatakan akan melompat dari Pakatan Rakyat.

Mohd Firdaus Jaafar,
Ahli Parlimen Jerai.

Selasa, Mei 11, 2010

HANGAT DI SIBU PANAS DI KEDAH.


Assalammualaikum...

Dalam kehangatan PRK P212 Sibu kita jangan lupa isu2 terpenting di sebelah Semenanjung seperti Kes Konspirasi Liwat 2 yang dihadapi DSAI di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan juga keadaan panas yang melanda Negeri Kedah Darul Aman. Saya xmahu mengulas kes DSAI kerana kesnya sedang berlangsung. Hanya doa dan harapan dari saya buat beliau yang sedang bergelut dengan perbicaraan dalam kes tersebut agar tabah menghadapinya.. Apakan daya warga marhaen seperti saya dapat mengikuti kes tersebut secara langsung dengan kegawatan ekonami yang ada. Begitu juga ralatnya dihati saya kerana tidak dapat membantu jentera PR di Sibu.Maklumlah jika ke Sibu memerlukan perbelanjaan yang agak besar jika mahu kesana. Semua maklum segala perbelanjaan dan keperluan tidak dikeluarkan oleh PR yang sememangnya tidak berduit untuk membayar kos2 tersebut. Kalau di Senenanjung boleh juga naik bas ekspres atau bas lompat juga berkongsi kereta tapi untuk ke Sibu kita terpaksa menaiki belon(kapalterbang) yang tambangnya menelan belanja hampir RM500 kelas paling ekonomi pergi dan balik. Tak termasuk kos pergi dan balik dari airport itu sendiri. Tak tertanggung rasanya bhai......cuma harapan pada jentera yang ada disana agar berkerja dan berkempen bersungguh sungguh dan berharap perjuangan setiap ahli PR akan mendapat balasan yang setimpal dengannya bila kemenangan yang dicapai...Insyaallah.

Berbalik dengan kes di Kedah dan mengimbau kembali tulisan saya yang terdahulu "Kedah Negeri Ku..Hikayat Sang Katak" adakah mimpi saya iru akan menjadi kenyataan.Saya dah xmahu mengulas panjang lagi. Mungkin ada pembaca yang beranggapan saya hanya berilusi dan membuat cerita dongengan serta berfantasi dengan hayalan sendiri. Manakan mungkin pokok bergoyang jika angin tidak bertiup dan dahan dan ranting turut bergoncang jika tida kera yang menggoyang. Kita jangan ambik remeh temeh dengan kenyataan Pemimpin Umngok buat baru2 di akhbar arus perdana dan dikolem media internet. Kenyataan mereka buat berasas dengan situasi yang ada sekarang. Cukup kritikal di Kedah sekarang ini. Sebenarnya cerita karangan mimpi yang saya tulis adalah dari maklumat sebenar yang saya dapat dan terima. Cuma saya ceritakan dalam bentuk mimpi untuk dibaca dan dinilai oleh pembaca..

Jangan lah menganggap cerita ini karut dan tidak berasas. Banyak juga laman2 blog yang menyiarkan cerita yang serupa dan memberi amaran kepada MB Kedah agar membubarkan DUN Kedah.Antaranya From Perak with Love dan Perakkume. Namun dianggap cerita2 ini adalah karut semata mata. Saya juga akan membuat PERINGATAN TERAKHIR untuk Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah agar membuat sesuatu dan mengambil serius perkara ini kerana saya dah Xmahu menulis lagi selepas ini berkaitan cerita lompat melompat ini. Saya akan tumpukan kepada kerja saya selepas ini. Dah malas dah.Bagi saya siapa yang memerintah sama sahaja. Saya tetap kais pagi makan pagi kais petang untuk makan malam. Saya tetap warga marhaen.Saya bukan ahli Politik tetapi hanyalah seorang reformis Jalanan. Cuma saya nakkan yang terbaik untuk generasi akan datang. Pemerntahan yang berbuat baik dan merancang yang terbaik untuk rakyat,mengurangkan beban rakyat dan sensitif terhadap segala keperluan rakyat. Semua ini hanya ada pada pemimpin Pakatan Rakyat..

Angin dan war2 ini bertiup kencang dimana perubahan dijangka selepas PRK Sibu ni.Hanya menunggu persetujuan seorang adun dari Utara Kedah sahaja. 2 yang lain khabarnya telah bersetuju. Itu pun menunggu menang atau kalahnya partinya bertanding. Kalau kalah maknanya lompatannya menjadi. Berudu hanya menunggu masa untuk menjadi katak sebenar untuk melompat. Alasannya senang aje. Xsetuju dan Xsefahaman dengan MB dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah .Kalau di Perak hal ini dah boleh disahkan pengambilan secara HARAM maka apalah yang salah jika mengambil Kedah dengan cara yang sama. Terpuilanglah kepada kepimpinan Kerajaan PR Kedah untuk mengambil suatu tindakan dari penulisan omongan yang saya buat ini. Jangan terantuk baru nak terngadah....sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Jangan nasi menjadi bubur. Ingatlah pada rakyat yang memilih dan memberi mandat kepada kamu. Berbuatlah sesuatu untuk mempertahankan mandat rakyat. Katak2 ni dah tak boleh fikir semua tu lagi kerana telah dikelabukan biji mata. Mereka ini perlu diajar pada PRU yang ke13 ini. Itu pun kalau rakyat masih menaruh harapan kepada PR lagi. Ingatlah Gerombolan di Kedah dan di Malaysia ibarat Harimau yang terluka dan akan mengganas dan membaham apa yang ada didepan matanya demi untuk mempertahankan kuasa.. Walau pun jangka hayat mereka tidak lama. Maksudnya rakyat memang menolak gerombolan UBN tapi demi kuasa mereka akan membuat apa sahaja untuk mempertahankan kuasa mereka kerana mereka masih menguasai segala instrumen kerajaan yang ada.Kalau kita ke Putra Jaya dan lihat lah akan apa yang ada sambil berfikir apakah Pimpinan gerombolan UBN akan melepaskan Putra Jaya ini........Tepuk dada tanya lah selera!!!!!.....Kepada Pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah "FIKIR2KAN LAH....."

WALLAHHUALAM


SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT


Jin Brabus.

Isnin, Mei 10, 2010

Bukan Islam minta had judi, Umno mahu tambah


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) amat dukacita dan malu kerana hasrat mengadakan judi sukan datangnya daripada pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam sedangkan pemimpin bukan Islam termasuk daripada DAP menuntut supaya kegiatan perjudian dihadkan.

Justeru, katanya PAS membantah keras sebarang usaha untuk meluluskan lesen perjudian walau apa bentuk sekali pun termasuk judi sukan sebagaimana yang dihasratkan pemimpin Umno.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, berkata hasrat memperluaskan kegiatan perjudian di negara ini merupakan suatu pengkhianatan terhadap negara yang sedang bergelut dalam krisis moral yang sangat dahsyat.

Tuan Ibrahim mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, baru-baru ini yang menyatakan kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk mengeluarkan lessen pertaruhan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 kononnya bagi mengelak aktiviti perjudian haram.

Menurutnya, alasan yang digunakan untuk menyekat kegiatan perjudian tanpa lessen adalah tidak logik malahan pemikiran sedemikian amat bertentangan dengan ajaran Islam.

“Apa pun dalam Islam judi tetap haram. Tak ada istilah judi halal, kalau judi tetap haram. Nak guna alasan untuk sekat kegiatan judi haram bukan itu caranya. Selama ini pun kerajaan telah luluskan banyak lesen judi tetapi judi tanpa lesen tetap berlaku. Kita tak boleh terima itu, kita bantah keras,” katanya.

Ahad, Mei 09, 2010

'Umno akan jadikan Malaysia serambi Las Vegas'


Idris Ahmad Mei

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi bolapsepak piala dunia 2010.

Hal ini sudah jelas mendapat tentangan rakyat sejak cadangan pertamanya tahun lepas. Namun kali ini ia berbangkit lagi dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram.

Alasan ini dengan sendirinya membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan. Bila sudah gagal mereka keluarkan lesen untuk menghalalkan pula.

Kempen memerangi dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. Dadah diistihar sebagai musuh negara. Kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula.

Kerajaan kata dadah itu merosakan rakyat dan menjadi ancaman kepada negara kerana menyebabkan ketagihan serta dorongan melakukan jenayah.

Apakah judi tidak memainkan peranan yang sama. Berapa ramai rakyat Malaysia yang jadi kaki judi mengabaikan keluarga mereka, malah ada yang sanggup jadi penjenayah untuk mendapatkan modal berjudi. Sepatutnya judi diistihar sebagai musuh utama negara juga.

Rakyat Kelantan khususnya pasti bersyukur dengan kekalahan Umno dan Awang Adek dalam pilihanraya lalu di negeri itu.

Jika beliau menang dan Umno rampas kerajaan Kelantan, pastilah beliau yang kononnya mahu diangkat menjadi menteri besar akan menjadikan Kelantan sebagai negeri serambi Las Vegas bukan lagi serambi Mekah.

Disebabkan gagal di Kelantan beliau yang mendapat peluang jadi menteri melalui ehsan Najib mahu jadikan Malaysia pula sebagai serambi Las Vegas. Tak dapat Kelantan, satu negara diperjudikannya.

Krisis kewangan global menjadikan pemimpin Umno buta mata, dan sanggup mengambil apa sahaja peluang untuk mengaut keuntungan bagi membiayai projek-projek politik yang mereka janjikan kepada rakyat sejak PRU-12.

Tahun ini usia Umno 64 tahun, bermakna sudah lebih 64 tahun mereka bergelumang dengan perjudian.

Di awal penubuhannya berbondong-bondong ulama dan ustaz-ustazah keluar dari Umno menubuhkan PAS kerana kedegilan pemimpin Umno yang tekad menjadikan loteri kebajikan dan pelbagai jenis judi sebagai aktiviti ekonomi mereka hingga ke hari ini.

Hari ini Umno masih bersandarkan hasil judi untuk terus berdiri megah di PWTC. Lihat sahaja senarai pemegang saham dan ahli lembaga pengarah beberapa syarikat judi dalam negara.

PAS berharap agar rakyat membuka mata dan bangkit menolak dasar-dasar perjudian yang cuba dihalalkan Umno. PAS yakin, tanpa duit hasil judi, ekonomi negara ini mampu melangkah jauh ke hadapan.

'M'sia bukan masyarakat judi'


Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan maslahah'. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair). Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima. Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219). Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa 'judi adalah budaya kami', atau 'kebanggaan hidup kami'. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen? Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

7. Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

Isnin, Mei 03, 2010

Ugut Nik Aziz: PAS Pulau Pinang mahu ziarah keluarga Safuan

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kini sedang berusaha mengesan kediaman seorang pemuda, Safuan Hilmi yang membuat ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui laman Facebook beliau.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas, Abdullah Saad menegaskan, kediaman Safuan terletak di Kampung Lahar Tabut, dan pemuda PAS mahu menziarah keluarganya bagi memaklumkan perbuatan itu kepada ibubapanya.

"Buat masa ini kita sedang mengesan rumahnya dan bila bertemu Insya Allah kita akan melakukan ziarah ke kediamanya untuk memaklumkan kenyataan bahaya Safuan.

"Kemungkinan besar keluarganya tidak mengetahui langsung bahawa anak mereka betindak begitu yang mungkin boleh membahayakan dirinya, " tegas beliau.

Dalam pada itu, Pemuda PAS Pulau Pinang juga semalam membuat laporan polis berhubung perkara sama di Ibu Pejabat Polis Bandar Perda, Bukit Mertajam.

turut serta dalam laporan polis itu ialah Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Pulau Pinang Amir Ghazali dan Bendahari DAPSY Pulau Pinang, Steven Sim.

Selain mendesak siasatan segera dilakukan, mereka juga turut meminta Safuan agar berani tampil ke hadapan dan tidak menyembunyikan diri.