MARI MENDENGAR & MEMAHAMI AL-QUR'AN

Listen to Quran

Sabtu, Mei 22, 2010

Adun Pakatan Kedah ‘tutup fail spekulasi’ malam ini


Kerajaan negeri Kedah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mengadakan pertemuan raksasa malam ini - peluang membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka membuat pengisytiharan menamatkan spekulasi ‘liar’ mendakwa mereka akan keluar parti.

Sambil menegaskan kerajaan negeri Kedah pimpinan PR masih stabil, wakil rakyat bukan PAS yang menjadi tumpuan spekulasi mahu mengakhiri tanggapan sedemikian semasa perhimpunan hari ini.

Dua daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang diburu pelbagai pihak menegaskan, mereka mahu bab spekulasi dihentikan selepas pengumuman pendirian mereka hari ini.

“Saya sudah letih. Saya ingat sudah lebih 50 kali (sejak lebih setahun ini) saya sudah bercakap mengenai isu ini, sudah berkali-kali saya menafikan tetapi orang bertanya setiap kali perkara ini dibangkitkan,” kata Adun Sidam, Tan Chow Kang ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Saya mahu tutup fail, tak mahu cakap lagi mengenai isu ini,” kata Tan sambil menegaskan, beliau berharap tiada pihak yang akan bertanya lagi mengenai isu berkenaan selepas ini.

Majlis itu akan berlangsung di Kota Sarang Semut dekat Alor Setar.

Tan berkata, beliau akan menggunakan majlis anjuran PAS Kedah itu untuk menjelaskan kepada umum mengenai pendiriannya.

“Mereka menjemput saya. Jadi saya akan menggunakan pertemuan ini untuk menjelaskan, saya harap orang ramai akan mengetahui sendiri pendirian saya... lepas itu tak tanya lagi mengenai isu ini lagi,” katanya.

Terdapat empat Adun bukan PAS dalam kerajaan negeri PR iaitu tiga dari PKR dan seorang wakil DAP.

Selain Tan dua wakil rakyat PKR ialah Lim Soo Ned dari Kulim dan , S. Manikumar dari Bukit Selambau.

Adun tunggal DAP ialah Lee Guan Aik mewakili kerusi Kota Darul Aman.

Kesemua mereka dijemput hadir.

Mereka berbuat demikian di sebalik spekulasi bahawa Dewan Undangan Negeri Kedah akan dibubarkan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun soal pembubaran itu telah dinafikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak beberapa kali.

Azizan juga pernah menegaskan khabar angin itu adalah permainan politik pihak-pihak tertentu yang tidak senang hati dengan keadaan aman di Kedah.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan membuktikan masih wujudnya solidariti di kalangan anggota Pakatan Rakyat dengan memanggil kesemua wakil rakyat bukan PAS bercakap pada majlis malam ini.

Kata beliau, perhimpunan malam ini akan menamatkan cakap-cakap bahawa kerajaan negeri Kedah juga akan berhadapan dengan nasib macam Perak dengan beberapa wakil rakyat akan keluar parti.

“Kesemua yang dikatakan akan keluar parti akan hadir,” katanya.

“Mereka sendiri akan bercakp kepada rakyat untuk menyangkal spekulasi mereka akan keluar parti,” kata beliau.

Azizan juga mengulangi bahawa beliau tiada rancangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Dalam pada itu, Manikumar berkata, perhimpunan hari ini akan digunakan untuk memperkukuhkan pendirian bahawa mereka akan kekal dalam PR.

“Pada 22 Februari (hari ini), kami akan menjelaskan kepada rakyat bahawa Pakatan tiada masalah, yang ada masalah cuma dalam Barisan Nasional.

“Kerajaan negeri masih kukuh, masih stabil... tiada masalah di kalangan kami, kami akan kekal bersama dalam kerajaan negeri,” kata beliau yang juga Exco kerajaan negeri sambil menolak tiada keperluan untuk membubarkan DUN negeri.

“Kesemua itu adalah khabar angin sahaja,” katanya.

Jelas beliau, pertemuan malam ini bukan tindakan membuat ikrar tetapi hanya merupakan platform untuk menjelaskan kepada rakyat secara terbuka.

“Kami hendak menjelaskan kepada rakyat, dan kami mahu fokus terhadap projek pembangunan,” katanya lagi

1 ulasan:

  1. Harap apa yang yb cakap nanti adalah benar tak akan lompat,
    Jangan pula nak bagi tau gerombolan harga mesti dinaikan untuk melompat.

    BalasPadam