Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) amat dukacita dan malu kerana hasrat mengadakan judi sukan datangnya daripada pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam sedangkan pemimpin bukan Islam termasuk daripada DAP menuntut supaya kegiatan perjudian dihadkan.
Justeru, katanya PAS membantah keras sebarang usaha untuk meluluskan lesen perjudian walau apa bentuk sekali pun termasuk judi sukan sebagaimana yang dihasratkan pemimpin Umno.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, berkata hasrat memperluaskan kegiatan perjudian di negara ini merupakan suatu pengkhianatan terhadap negara yang sedang bergelut dalam krisis moral yang sangat dahsyat.
Tuan Ibrahim mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, baru-baru ini yang menyatakan kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk mengeluarkan lessen pertaruhan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 kononnya bagi mengelak aktiviti perjudian haram.
Menurutnya, alasan yang digunakan untuk menyekat kegiatan perjudian tanpa lessen adalah tidak logik malahan pemikiran sedemikian amat bertentangan dengan ajaran Islam.
“Apa pun dalam Islam judi tetap haram. Tak ada istilah judi halal, kalau judi tetap haram. Nak guna alasan untuk sekat kegiatan judi haram bukan itu caranya. Selama ini pun kerajaan telah luluskan banyak lesen judi tetapi judi tanpa lesen tetap berlaku. Kita tak boleh terima itu, kita bantah keras,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan