MARI MENDENGAR & MEMAHAMI AL-QUR'AN

Listen to Quran

Khamis, Jun 24, 2010

KALAU HARIMAU MAI RUMAH HAMPA JANGAN DOK BUNUH DIA


Perhilitan akan dakwa lelaki tembak harimau


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang anggota RELA yang menembak mati seekor harimau di Kampung Ulu Damak, Sungai Bayor, Selama dua hari lalu.

Pengarah Perhilitan Perak Shabrina Mohd Shariff berkata Perhilitan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan sedang menunggu keputusan timbalan pendakwa raya sebelum meneruskan tindakan.

Beliau berkata sesiapa yang melakukan sebarang perbuatan menyebabkan kematian haiwan dilindungi boleh didakwa mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar.

Shabrina berkata demikian ketika diminta mengulas kematian seekor harimau berusia dua tahun yang ditembak oleh seorang penduduk dari Kampung Ulu Damak dua hari lalu.

Mengikut laporan akhbar, seorang anggota RELA yang juga penduduk kampung itu mendakwa beliau menembak harimau berkenaan kerana khuatir haiwan berkenaan menyerang orang ramai.

Shabrina menasihati orang ramai supaya melaporkan kepada Perhilitan jika terserempak dengan haiwan liar dan tidak mengambil tindakan sendiri kerana haiwan seperti harimau adalah spesies dilindungi.

Sementara itu, Perhilitan telah mengambil bangkai haiwan itu untuk diawet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan