MARI MENDENGAR & MEMAHAMI AL-QUR'AN

Listen to Quran

Isnin, Disember 21, 2009

Blog bukan tempat menabur Fitnah

KUALA LUMPUR, 20 Dis [10.00 am] - Majlis pelancaran Kelab Blogger PAS telah disempurnakan oleh Tuan Guru Dato' Seri Hj.Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) sebentar tadi. Kira-kira seramai 500 orang peserta telah menyertai Konvensyen Blogger PAS di Dewan Dato' Fadzil Noor, Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar dekat sini. Konvensyen sehari itu telah disertai oleh para blogger yang datang dari seluruh pelusuk negara. Pendaftaran peserta bermula seawal jam 8.00 pagi lagi. Sekitar jam 9.00 pagi program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Ucaptama perasmian juga telah dilakukan oleh Presiden PAS sendiri. Konvensyen yang julung-julung kali diadakan itu membawa tema "Harapan Dan Cabaran Buat Blogger PAS", turut dibuka kepada blogger lain yang turut menyokong PAS. Pembentangan kertas kerja pertama bertajuk "Mengurus Potensi Media Baru Dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Menurut Perspektif Future Studies" dibuat oleh Prof Madya Dr.Abu Hassan Hasbullah (UM). Manakala kertas kerja kedua dibentang oleh Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin yang bertajuk "Blog Sebagai Arena Dakwah Dan Bukan Medan Fitnah

1 ulasan:

  1. Inilah dia yang Marx kata agama adalah candu. Pengikut di khayalkan dengan hukum hakam. Bila kena pada pemimpin maka ianya di haramka tapi kalau kena pada orang maka di bolehkan...

    Hadi Awang manusia tak percaya Tuhan sebab tu dia nak bergabung dengan UMNO.

    BalasPadam