MARI MENDENGAR & MEMAHAMI AL-QUR'AN

Listen to Quran

Selasa, Mac 16, 2010

Dewan Undangan Negeri dilanda banjir




Oleh: WADIASSOFI JAAFAR


ALOR SETAR, 14 Mac: Tempat kunci nozel terkeluar didakwa menjadi punca air bertakung di dalam Bilik Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah di Blok A, Wisma Darul Aman, di sini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah di Jalan Tun Razak yang menerima panggilan kecemasan pada jam 8.30 pagi menghantar enam anggota bersama sebuah jentera bomba dan sebuah motor rim.

Menurut Pegawai Bomba, Wan Jamaludin Omar, pihaknya mengambil masa selama sejam untuk mengepam air yang bertakung di bilik berkenaan.

“Kami mendapat maklumat yang mengatakan bahawa tempat kunci nozel terkeluar didakwa menjadi punca air bertakung di dalam Bilik Mesyuarat Dewan Undangan Negeri,” katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan